Saturday, 24 October 2020

Kayuhan Peduli 2



Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 24 Oktober 2020 

Assalaamualaikum WBT dan Selamat Malam.. buat sahabat2 yg amat mulia disisi Allah SWT.. saya doakan semuanya hidup bahagia ..

Hari ini cuti hujung minggu.. saya bersama rakan2 dan anggota kerja Pejabat Daerah Kota Setar,  nak kata cuti mcm tak cuti.. nak kata kerja dok kayoh basikal pula.. Apa2 pun hari ini cuti hujung minggu.. saya ator 'KAYUHAN PEDULI'.. peduli pada kesusahan orang yg memerlukan.. peduli pada keperluan rakyat, peduli pada kualiti projek2 pembangunan yg dilaksanakan.. Pokoknya kita kena ambil peduli akan apa yg berlaku pada persekitaran  masyarakat kita dan setakat termampu kita bantu apa yg patut .. Nak puaskan hati semua orang tak termampu pula.. 

Aktiviti hari ini.. Berbasikal meletihkan badan tp menyihatkan,  menyampaikan bantuan ihsan kewangan kepada sebahagian ketua keluarga  mangsa ribut pada kejadian bulan April yg lalu, menyampaikan bantuan kerusi roda dan lampin pakai  buang pada orang susah, mendengar dan mengambil peduli masalah penduduk, melawat projek penyelenggaraan jalan kampong yang baru siap dan aktiviti  mengeratkan persahabatan dan semangat kerja berpasukan.... 

TQ pengayuh yg join dgn saya.. 

Abdul Halim Alwi, Kamarulzamal Kasa, Mohd Anaz, Sham FD, Penghulu Mohd Huzaimi Abd Ghani, Penghulu Hafiz, Hasmadi, Mahazer Shafie dll dan Anggota PDTKS yg support logistic thari tadi.. 

Seronok kayuh bersama.. jangan serik bersama saya masok kampong... jalan tidak  berapa sesuai dgn  road bike.. tapi masuk juga ... 

#Rondaan Mukim Gunung dan Padang Hang
#berbasikalnormabaru
#Jarak kayuhan : 40 KM
#KitaJagaKita






















Macam YB pula ... mendengar dan berbincang
berkenaan pembangunan kampong & melayani
aduan-aduan  dan rayuan-rayuan penduduk












Saturday, 18 July 2020

Mendepani Isu SalahGuna Dadah

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 08 Julai 2020
Tempat: Kg Tepi Laut, Kuala Kedah


Assalaamualaikum WBT.. dan Selamat Pagi.. Saya doakan semua sahabat2 dan saudara2 ku sihat walafiat dan Rasa Bahagia Selalu..

Mendekati komuniti yg berisiko tinggi kearah penyalahgunaan dadah, substance, pelencongan sosial bukan sesuatu yg mudah.. dan bukan ramai yg suka utk terlibat membantu .. tp inisiatif tetap diambil mengambil tahu hal  kehidupan mereka dan bertanya khabar  dan nasihat menasihati.. Sekurang kurangnya komuniti setempat menyedari dan merasai akan kehadhiran  berterusan badan2 NGO, Jab2 Kerajaan, pemimpin2 komuniti  setempat yang mengambil berat dan orang yang prihatin akan memberi impak positif dan motivasi pada ahli komuniti setempat  kearah yg lebih baik ...

Isu2 dadah, isu2 gejala sosial, isu2 ponteng sekolah, isu2  tokan dadah, isu2 masalah keluarga, mat rempit dan segala macam isu yg negatif perlu ditangani secara bersepadu oleh semua pihak .. Terima kasih pada semua yg terlibat dlm program 'omnipresence' yg diterajui oleh AADK .. Organisasi lain terlibat ialah..

-PDRM
-RELA
-APMM
-JKM
-MBAS
-Majlis Belia Daerah
-Belia 4B
-Skuad AADK
-pegawai-pegawai Pejabat Daerah Kota Setar
-Ketua Pegawai AADK Kota Setar
-Penghulu Mukim Kuala Kedah
-MCPF
-PIBG SMK Seri Pantai.
-dll

Sebagai Pegawai Daerah Kota Setar saya amat menghargai akan usaha murni ini dan tidak ragu2 untuk bersama sama turun ke padang memberi bantuan dan sokongan atas usaha2 murni ini sekadar yg termampu....

Sama2lah kita membantu anak bangsa kita agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan kearah keluarga bahagia..

"Keluarga Bahagia Tanpa Dadah"

Pek bantuan keperluan makanan harian juga disampaikan
kepada beberapa keluarga terpilih semasa ziarah kasih
tersebut sebagai menandakan yang jabatan dan komuniti
mengambil berat akan kebajikan mereka walaupun tidak
semua dapat diberikan.









memberikan kata-kata semangat kepada petugas-petugas  yang
turut serta dalam ziarah kasih ini...

Saya juga menyerahkan pamplet berkenaan penyalahgunaan
dadah kepada anak-anak nelayan , dan menasihatkan mereka
belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah hidup 
keluarga dan menghindari aktiviti-aktiviti yang boleh 
mendekatkan diri kepada penyalahgunaan dadah  terlarang
ini


k

KIDA

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 18. Julai 2020
Nikmatnya hidup di Malaysia.. Kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan..
Hari ini dan besok diadakan penyerahan kad KIDA kepada ibu2 yg layak.. di daerah Kota Setar.. Daerah Kota Setar peserta terpilih berjumlah 786 orang.. Fasa pertama 375 orang manakala fasa ke 2 berjumlah 411 orang.. disampaikan hari ini dan besok.. Para peserta diberikan kad KIDA dimana mereka boleh membeli 15 barangan keperluan asas harian di pasaraya atau kedai2 yg ditetapkan.. nilainya RM250 setiap bulan selama 6 bulan . Disamping itu mereka blh mendapat rawatan perubatan tanpa diklinik swasta yg ditetapkan bernilai RM250 utk tempoh 6 bulan... sekurang2nya bantuan ini dapat mengurangkan kos hidup mereka.. dalam tempoh PKPP ini..

Peserta KIDA dipilih dalam data e-Kasih (iaitu Miskin dan Miskin Tegar) dimana syaratnya ialah Ibu yang mempunyai tanggungan atau wanita 18 tahun keatas yang menanggung keluarga.
#KasihIbuDarulAman#












Budi di kenang Jua .

Catatan: Mohd Asri Redha Assalaamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Ketemu lagi dalam catatan2 penghujung kerjaya saya sebagai Pegawai Tadbir...