Saturday, 18 July 2020

Banci Untuk Pembangunan



Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 23 Oktober 2020


Assalaam.. Selamat Sejahtera .. Saya berdoa semoga kita semua didalam perlindongan Allah SWT.. Pandemik Virus Corona ini wajib kita putuskan rangkaiannya.. Jangan bergumbira sangat dengan kelonggaran yg diberikan kerajaan..ambil serious setiap SOP yg ditetapkan..


Hari ini aktiviti saya masih sibok.. atau sengaja menyibokkan diri.. tak apalah asalkan tak kacau orang .. yg penting kita tolong orang .. kita mudahkan kerja orang.. 

Pagi2 terpa pi Dewan KDN di Anak Bukit.. Memberi sedikit motivasi pada Penyelia Banci Penduduk & Perumahan 2020... Sebagai DO saya juga dilantik sbg Pen Pesuruh Jaya Banci bagi Daerah K/Setar bersama Pegawai Perangkawan DOSM.. nak kena selaraskan kerja2 banci seluruh daerah Kota Setar.. Banyak kerja juga tu.. 

Habis bersyarah kat depa lari balik ke opis... YAB MB mai opis utk dptkan laporan kerja2 bantuan yg diuruskan oleh PKOB dan juga bagi duit tunai utk dibedak pd Ketua Isi Rumah kat Flat Seberang Perak yg kena TEMCO.. selama 2 minggu.

Petang pula ator bedak duit tu pada mereka kat Flat tu... harap2 depa taklah tension sangat bila dpt duit tu.. 

Sempat pula ke MBAS selesaikan beberapa urusan rasmi disitu..

Itulah sbhgian rutin  kerja sbg pegawai kerajaan seblm bersara.. Yang penting,  sibok lagu mana pun .. terok lagu manapun kerja kena seronok dan kerja bagi orang seronok... boleh lagu tu.... sekian shj cerita2 saya hari ini.. x ada yg menarik sekadar rekod diri.. 😊















Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 15 Julai 2020

Saya sudah selesai menjawab soalan2 Banci Dan Perumahan Malaysia 2020 melalui secara online MyCensus 2020 ... Anda bila lagi.. sila log in to 'e-CENSUS'..  Bancian secara online ini bermula dai 07 Oktober 2020 hingga 30 Sept 2020.. Sebagai Pegawai Daerah saya juga terlibat secara langsung dlm program Banci Penduduk Dan Perumahan 2020.. dan dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Banci bagi daerah Kota Setar....

Bagi Ketua Isi Rumah yang tidak buat banci secara online tersebut , pembanci yang dilantik akan pergi kerumah terlibat bermula 7 Oktober hingga 24 Oktober 2021. So kalau nak mudah, elok buat secara online sahaja... tak payah orang banci mai kerumah.. tuan rumah pun senang, jabatan  pun senang...

Tolong ya semua.. kita sama2 jayakan urusan banci ini yang amat penting untuk perancangan pembangunan negara kita... TQ👍

nota fakta:
Penolong Pesuruhjaya Banci Daerah Kota Setar :1. Dato' Hj Mohd Asri Redha , 2. Tn Hj Shahbani b Ibrahim

Penguasa Banci : Nadiah bt Abdul Rashid@Khalid, Muhammad Izzaham b. Noor Azman, Suriyawati bt Abdul Hamid, Qairul Hilmi b Ibrahim, Mohd Amran b Hanafiah,  Mohd Nurhaffiz b Harun dan Mohd Syazwan b Abu Bakar.

Banci kali ke 6 , sejak merdeka
Bilangan Pembanci Daerah Kota Setar (  01 - 24 Okt 2020 :RM54/hari) : 1153 orang
Bilangan Penyelia Banci Daerah (21 Sept - 31 Okt 2020 : RM72.00 /hari) :      orang












No comments:

Post a Comment