Sunday, 5 July 2020

Sekim Rondaan Sukarela... SRS

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh : 01 Julai 2020 : Jam 1.00 pagi
Tempat: SRS Taman Seri Marina  Kuala Kedah


Keujudan SRS ini amat membantu dari segi keselamatan kejiranan dan juga dapat mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga.. Saya amat tertarik dengan SRS yang telah dilaksanakan sejak sekian lama dengan penambahbaikan yang dibuat dari masa ke semasa oleh Jabatan Perpaduan..   Sebab itu bila saya dilantik sebagai Pegawai Daerah Kota Setar aktiviti pertama saya bersama jabatan lain ialah meninjau pelaksanaan program SRS ini. Sebab itu bila ada peluang , untuk hadhir saya terus saja terima pelawaan dari Pegawai Perpaduan Daerah untuk bersama-sama anggota SRS yang bertugas, walaupun terpaksa keluar rumah pukul 12.30 pagi.. Melalui itu saya dapat merasai sendiri bagaimana kesungguhan ahli-ahli yang datang secara sukarela untuk bertugas membuat rondaan disekitar kawasan kejiranan yang ditetapkan.. Memang besar pengorbanan mereka , tatkala orang lain sedang nyenyak tidor dengan aman dibuai mimpi-mimpi indah, ada orang yang menjaga keselamatan mereka...

Bukan senang untuk meluangkan masa ditengah-tengah malam dan awal pagi untuk bersengkang mata menjaga keamanan persekitaran kejiranan mereka.. Tahniah saya ucapkan kepada semua anggota sukarelawan SRS yang bertugas diseluruh daerah Kota Setar

Gambar-gambar aktiviti pagi tersebut seperti di link dibawah ini..

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.3405314649479094&type=3&__cft__[0]=AZV0P0X956KXb6ZN570M2DFrRfGiHX7M8F4Z1M6ViqxAAggXOZh6VzGvsSMVfEP9KI2zF5V_uR0bFOzJIY8TRrPYU0HC13XgxhCyvkHC2-4cLA8ojA1eIa4BiWYMdQ0KOvUE2p5Cn6E7iTNd-simPYaMaaIM9mRujkGmLBz-b0sjh2eZrShIBFCZuwvpI9nKE_Y&__tn__=-R


Skim Rondaan Sukarela PKPP 30.06.2020
Rondaan hari ke 4 dalam bulan Jun 2020 dihadiri Dato Mohd Asri Redha Bin Abdul Rahman Pegawai Daerah (DO) Kota Setar, ADO Muhammad Izzaham Bin Noor Azman, En Muhammad Zaizulman Bin Zainal Abidin Pegawai Perpaduan Kota Setar/Pokok Sena/Padang Terap, En Abdul Halim Bin Alwi Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar/Padang Terap/Pokok Sena yang sudi hadir melihat perjalanan Skim Rondaan Sukarela Taman Seri Marina semasa PKPP dan berbicara berkaitan isu-isu berbangkit di KRT Taman Seri Marina dan Kuala Kedah. Terima kasih kepada pihak Dato Mohd Asri dan pegawai yang hadir dan meluangkan masa melawat dan berkenalan dengan anggota SRS Taman Seri Marina. Semoga kehadiran pihak dato dan rombongan akan memberi impak kepada semua rukun tetangga dan SRS di Daerah Kota Setar nanti 
See Less
You and 1 other
1 Share
Like
Comment
Share










No comments:

Post a Comment