Thursday, 16 September 2021

SELAMAT TINGGAL...

 Catatan.. Mohd Asri Redha


Assalaamualaikum wbt... dan Selamat Siang

Ketemu lagi dalam catatan saya yang entah yang keberapa ratus cerita.. Tapi kali ini saya nak catat berkenaan dengan dunia pekerjaan yang akan saya tinggalkan tidak beberapa hari sahaja lagi... Ya kerjaya saya sebagai anggota perkhidmatan awam akan berakhir pada tanggal 19.09.2021 jam 12.00 malam . Jatuh pada hari Ahad . Pada tanggal tarikh tersebut genap perkhidmatan saya sebagai Pegawai Tadbir Negeri selama 36 tahun 5 bulan 7 hari. Satu jangkamasa yang agak lama saya berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah.. Bersyukur sangat-sangat kerana saya dapat melalui segala liku dan ranjau sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut. Pelbagai peristiwa suka duka dan cerita-cerita sepanjang tempoh yang panjang tersebut. Apatah lagi sepanjang tempoh tersebut saya telah  memegang 20 jawatan dari peringkat bawah hingga ke tahap sebagai Pegawai Daerah Kota Setar. Pelbagai peristiwa telah saya tempohi, pelbagai orang saya hadapi dan ketemu, pelbagai perkara baru saya belajar, pelbagai dugaan saya hadapi, pelbagai kisah suka duka saya alami dan segala macam pelbagai lagi.. Itu semua mematangkan kehidupan saya sebagai seorang insan yang bernama Mohd Asri Redha.

Sejak saya menulis blog dan adanya Facebook, banyak catatan-catatan pengalaman saya dicoretkan dalam media sosial tersebut... Namun pada awal-awal dan pertengahan kerjaya saya sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah kurang sedikit cerita-cerita kerana waktu itu tidak ada lagi kamera digital yang bersama dengan handphone.. Kalau adapun gambar-gambar  dari yang kena pakai filem , dan kena buat coretan atas kertas dulu... jadi tidak berapa senang untuk buat cerita-cerita ... jadi malas pulak cara tu...  Bila saya mula berjinak-jinak dengan blog , baru rasa kerajinan menulis tu datang... Jadi banyak cerita-cerita dapat saya nukilkan dalam blog tersebut... Sebab itu ketika bertugas di Pejabat Tanah Sik, PBT Kulim Hi-Tech Park, Pejabat Tanah Kota Setar, Pejabat Tanah Kuala Muda, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu,  Pejabat Kewangan Negeri Kedah, Majlis Bandaraya Alor Setar  ,  Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar saya banyak menulis berkenaan hal-hal aktiviti saya disetiap jabatan tersebut . Ini kerana setiap jabatan yang pergi bertugas disitu saya akan membuka satu blog khusus untuk menulis aktiviti saya dijabatan tersebut.. Jadi dibawah ini saya senaraikan link blog-blog berkenaan .. Sekurang-kurang nya ianya menjadi catatan 

Catatan blog di LADA
Catatan blog di Majlis Bandaraya Alor Setar
Catatan blog di Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu
Catatan blog di PBT Kulim Hi-Tech Park
Catatan blog di Pejabat Tanah Kuala Muda
Catatan blog di Pejabat Tanah Sik
Catatan blog di Pejabat Tanah Kota Setar
Catatan blog di Pejabat Daerah Kota Setar

Catatan blog berkenaan akt. KCS
Catatan blog keluarga
Catatan blog karya
Catatan blog umum
Catatan blog berkaitan rakan
Catatan blog umum dll

Tudia punya banyak, tapi sejak kebelakangan ini saya agak kurang menulis, jadi tinggallah catatan-catatan lama kat situ. Mungkin selepas bersara ini, saya ada ruang masa yang mencukupi untuk menceritakan apa-apa sahaja dan juga memberi pandangan serta panduan-panduan tertentu yang boleh dimanfaatkan oleh pembaca...

Sebenarnya semasa awal-awal saya bekerja dalam setahun ke 15 tahun saya bekerja lebih banyak cerita-cerita pengalaman menarik saya semasa bertugas... tapi itulah bila cerita tak ada gambar tidak berapa menarik dan menjadi.. waktu itu mana ada internet lagi...  kalau adapun masih baru lagi, tak advance macam sekarang ini.. Bertuah sungguh anak-anak muda sekarang ini... sedar-sedar dah ada telefon berinternet dan ada kamera lagi... semua hanya ada dalam hp yang boleh dibawa ke mana sajha. 

Saya pernah bertugas di daerah Kubang Pasu selama hampir 8 tahun.. satu tempoh yang agak lama, dan Ahli Parlimen waktu itu adalah YABhg Tun Dr Mahathir Mohamed Perdana Menteri kita waktu itu.. Bayangkanlah bertugas disitu, memang memberi tekanan kepada kerja saya, kerana setiap aktiviti kerja kita di daerah ini diperhatikan bukan sahaja oleh Perdana Menteri , juga Kerajaan Negeri, dan Kementerian-Kementerian.. Maklumlah kawasan Perdana Menteri.. Namun semua itu saya dapat harunginya dengan baik, walaupun ada satu ketika saya diserang kemurungan yang agak terok.. Tapi akhirnya ianya dapat diatasi . Banyak perkara saya boleh cerita semasa di Daerah Kubang Pasu ini kerana ada isu dan masalah yang dihadapi dan bagaimana saya menanganinya bersama dengan boss2 saya waktu itu.. Kisah pengambilan tanah untuk projek ternakan udang Kerpan adalah satu kisah yang sensasi juga waktu itu, kisah saya diserang oleh peneroka tanah rizab sungai tetap menjadi kenangan saya semasa di daerah ini, dan pelbagai aktiviti-aktiviti yang diator untuk lawatan-lawatan YAB Perdana Menteri yang selalu  turun ke kawasan Parlimennya. Mesyuarat Tindakan Daerah menjadi medan yang terpaksa dihadapi setiap bulan , kerana semua wakil rakyat adalah ahlinya, dan sudah tentunya YAB PM juga sekali sekala hadhir juga mesyuarat ini. Begitu kawasan ini kawasan YAB Menteri Besar Kedah iaitu YAB Dato Hj Osman Aroff... Memang tension betul bila segala macam masalah dibangkitkan dalam mesyuarat ini dan juga mereka juga mahu lihat kemajuan tindakan yang kita buat untuk menyelesaikan  masalah-masalah.. Saya pernah melihat bagaimana DO bertelingkah dengan wakil peribadi YAB PM dan juga ada juga ADO yang berlawanan pendapat dengan orang politik tempatan. Waktu itu mana ada pembangkang yang kuat. Semua adalah orang UMNO..  Orang politik waktu itu memang hebat... apa-apa mesti kena rujuk mereka dahulu. Saya sendiri pernah dicapkan sebagai ADO tak reti buat kerja dalam Mesyuarat Tindakan Daerah.. Nak letak muka tang mana , kalau dituduh macam tu, tapi saya jenis yang tidak melawan, biarkan saja ianya berlalu.. Tapi ada juga sahabat saya yang tidak tahan dan melawan dan berhujah.. tapi tak guna juga kerana  pada akhirnya mereka juga yang menang walaupun kita tidak bersalahpun.. 

Ok... Saya berhenti kat sini... Nanti bila kelapangan nanti saya sambong balik. 

Selamat pagi... ketemu lagi.. Pagi ini saya ada masa banyak untuk menulis kerana saya berada dalam wad di Kedah Medical Center...  untuk sessi rawatan penyakit berkaitan dengan perut dan usus serta 'gerd' dah dekat-dekat nak pencen ni macam-macam penyakit akan menghampiri kita, maklumlah enjin lama. Puncanya ialah saya selalu rasa bernafas tidak puas...tapi bila diperiksa bukan kerana asma atau pun kerana sakit jantong dsbgnya.. Doktor pun tak tahu apa punca, tapi saya memang mengalami masalah angin yang banyak dalam perut dan gastrik dan kadang-kadang ada tolakan dari perut ke atas ... Itu yang menyebabkan seperti ada tekanan ditengah dada saya menyebabkan kadang-kadang bernafas menjadi tidak puas.. Nak makan pun tak berani... hingga saya turun berat badan sebanyak 7 Kg. Untuk mengetahui lebih detail akan status saluran kerongkong saya dan juga perut, Dr mencadangkan dibuat prosedur memasukkan kamera ke dalam perut melalui mulut.. Saya cadang untuk menulis prosedur ini dalam catatan blog  lain .. 

Sementara menunggu proses itu saya dimasukkan lebih awal ke wad untuk dibuat pemerhatian dulu, sebelum dipengsankan untuk dijolok kamera tu melalui mulut.. Jadi adalah masa sikit untuk sa


Saya menyambung menulis berkenaan cerita-cerita dalam perkhidmatan saya sebagai KCS.


No comments:

Post a Comment