Friday, 19 June 2020

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 18 Jun 2020

Seminggu dua ini saya dikejutkan dengan beberapa musibah yang melanda beberapa orang penduduk daerah Kota Setar. Musibah yang saya maksudkan itu ialah rumah rosak akibat ribut kuat dan juga kebakaran.

Tiada siapa mahu musibah seperti itu, tapi apakan daya semua yang berlaku itu adalah kehendak Allah SWT jua.. Tiada siapa yang boleh menghalangnya..  Allah SWT sedang menguji hambanya.. Satunya ujian Allah kepada mangsa itu sendiri dan satu lagi ujian Allah SWT kepada hambanya yang tahu musibah yang menimpa mereka
itu.. Saya amat bersimpati dengan ujian berat yang diterima oleh mangsa.. sekadar yang termampu jabatan berusaha membantu dengan mencari peruntukan dari sumbangan-sumbangan  dan juga melalui jabatan-jabatan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Zakat Negeri Kedah. Alhamdulillah saya telah mendapat kerjasama yang amat baik dari kedua-dua jabatan tersebut.. Di peringkat Pejabat Daerah Kota Setar , kita berusaha mencari dana-dana sekadar kemampuan untuk membantu mangsa-mangsa..  Dalam hal-hal seperti ini, Pejabat Daerah Kota Setar tidak mempunyai peruntukan yang disediakan. Alangkah bagusnya jika Pegawai Daerah diberikan sejumlah dana yang tetap setiap bulan untuk tujuan-tujuan seperti itu.. Setiap bulan ada sahaja musibah yang melanda di daerah Kota Setar... Takkan Pegawai Daerah hendak melawat sahaja kut.. tanpa menghulur sumbangan apa-apa..

Seperti yang saya sebutkan tadi musibah yang berlaku yang diturunkan oleh Allah SWT adalah memberi ujian juga kepada hambanya yang tidak kena apa-apa musibah tapi mengetahui akan musibah berlaku kepada mangsa tersebut. Macam kita ini.  Berat juga ujian ini... Sejauh mana kita boleh bersimpati dengan mangsa terlibat.. Apakah hanya sekadar tengok dan lihat dan menyebut kesian dan simpati begitu sahaja sedangkan pada masa yang sama kita senang lenang sahaja... tidak ada susah apa-apa... Atau adakah bila tahu sahaja kejadian musibah itu terus berusaha untuk membantu samada menghulurkan bantuan wang ringgit atau apa-apa sahaja yang berguna kepada mangsa..  Allah  SWT hendak menguji kita juga sebenarnya. Allah SWT hendak melihat sejauh mana sayangnya kita pada harta benda dan wang ringgit kita hingga tidak terasa sikitpun untuk bantu sahabat yang ditimpa musibah.. Sanggupkah kita bersedekah kepada mangsa yang ditimpa musibah yang kadang-kadang sampai tinggal sehelai sepinggang.. Tidak ada apa yang tinggal bila rumah terbakar..


Bila saya melawat tengok keadaan rumah terbakar , dan rumah dilanda ribut, terasa tergenang air mata bila melihat akan kesusahan dan penderitaan yang mereka alami.. mereka sudah tenggelam punca dan tak tau apa nak buat.. tapi masih boleh tersenyum dan berbicara dengan saya bila saya tanya segala macam.. Kita yang kereta tercalar sikit  dan pecah lampu sikit pun sudah terasa terok sangat dah... Hilang kad segala macam itu pun dah tak keruan jadinya..  Inikan pula hilang segalanya..

Sebab itu marilah kita sama-sama menghulurkan apa-apa sahaja sumbangan ikut kemampuan kita kepada sesiapa sahaja yang menerima musibah yang segala macam itu.. Sekurang-kurangnya dengan sumbangan  kita yang tidak sebeberapa itu akan dapat mengurangkan beban dan penderitaan yang dihadapi oleh mereka sekeluarga... Tidak akan jatuh miskinpun kalau kita bersedekah.. Hari ini hari mereka mungkin satu hari kita pula yang akan menerima ujian Allah SWT yang amat berat itu.. Mana tahu sekurang-kurangnya dengan sumbangan kita itu akan dapat menghalang apa-apa musibah dari menghampiri diri  dan keluarga kita....

Saya juga memohon pada sesiapa sahaja yang membaca  catatan blog saya ini agar dapat bersama-sama saya untuk melaksanakan kerja-kerja amal seperti ini, dengan memberi sumbangan samada wang ringgit atau harta benda yang lain... Sumbangan boleh dibuat terus kepada Pejabat Daerah Kota Setar .. In Sya Allah segala sumbangan sedekah itu akan disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan akibat bencana yang menimpa... Sedih dan kesian teramat sangat tengok mereka yang kehilangan segalanya. Tentunya akan mengambil masa untuk mereka pulih seperti sediakala.. Kalau ikut maklumat yang saya dapat , kebanyakan  mereka bukan dari kalangan orang yang senang.

Gambar dibawah ini adalah sewaktu rombongan dari Pejabat Daerah Kota  Setar , Puspanita Daerah Kota Setar , Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Zakat Negeri Kedah melawat dan menyampaikan sumbangan kepada En Amir dan En Ismail di Kg Telok Chengai, yang  mana rumah mereka telah terbakar  dan musnah .  Seorang lagi mangsa kebakaran ialah di Kg Hutan Kampong.















Gambar dibawah ini ialah lawatan Pegawai Daerah Kota Setar bersama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat  Kota Setar dan Pejabat Zakat Negeri Kedah  ke rumah-rumah mangsa ribut di sekitar Kg Geriang, Kampung Kubang Jambu dan Kampung Keloncor, Mk Kubang Rotan.. Turut sama ialah Penghulu Mukim Kubang Rotan en. Norhaffizz.. Kejadian ribut ini berlaku pada 31 Mei 2020 yang mana sebanyak 8 buah rumah telah terlibat dan rosak terok..  Sedikit sumbangan kutipan dari pelbagai pihak telah dapat disumbangkan kepada mangsa-mangsa tersebut..













No comments:

Post a Comment