Saturday, 20 June 2020

Rezeki PKP : Tahniah Kepada Kontraktor Yang Berjaya

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 13 August 2020

Bilangan projek.. 00
Jumlah peruntukan.. RM










Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 09.06.2020

Assalamualaikum WBT.. Dan Selamat Pagi semua..


Pejabat Daerah Kota Setar mendapat penghargaan dari
YAB Menteri Besar Kedah dimana kerja cabutan undi
dibuat sendiri oleh beliau.
Saya mahu sambung cerita lagi hari ini.. tapi mau cerita apa ya.. Ya baru teringat pagi tadi saya mengikuti siaran langsung dari FB berkenaan Majlis Cabutan Undi Secara Online untuk Projek-Projek MARRIS dan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Kedah  yang diadakan di Pejabat Perbendaharaan Negeri Kedah. Saya cuma tonton melalui online sahaja.. Tak perlu pergi ke sana.

Yang berurusan disana hanya urusetia sahaja dan disaksikan oleh SPRM , Jabatan Integriti dan juga Audit Dalam. serta Persatuan Kontraktor.  Ini bagi memastikan adanya ketelusan dalam proses  pemilihan kontraktor yang layak.  Cabutan undi dimulakan oleh YAB Menteri Besar Kedah untuk projek-projek dibawah kendalian Pejabat Daerah Kota Setar .Semua Pejabat Daerah dan Jabatan Teknikal yang mempunyai projek seperti yang saya sebut tadi akan menggunakan kaedah ini dan dibuat berperingkat-peringkat dengan cabutan seterusnya dibuat oleh Pegawai-Pegawai Daerah atau Ketua-Ketua Jabatan Teknikal.,

Proses seperti ini adalah julung-julung kalinya diadakan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Kontraktor yang layak akan mendaftarkan syarikatnya melalui online juga untuk mengambil bahagian dalam cabutan undi. Dan mereka ini tidak perlu pergi ke tempat cabutan undi tersebut memadai dengan hanya melihat melalui online menggunakan link alamat yang ditetapkan. Bagus juga bila ada PKP ini dan orang awam tidak boleh berkumpul ramai-ramai menyebabkan tercetus idea untuk menggunakan proses undi seperti ini.. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri terutama Pejabat Perbendaharaan Negeri dan Bahagian Teknologi Maklumat Negeri Kedah yang menyediakan forum ini untuk kerja-kerja undi online.


Pejabat Daerah Kota Setar diwakili oleh Pn Sharhida Nazuha
KPPDK(PT) . Saya tidak berkesempatan hadhir atas urusan
yang tidak dapat dielakkan
PKP juga telah membolehkan anggota kakitangan kerajaan sudah mula membiasakan diri penggunaan ict dengan lebih menyeluruh dan boleh mula bermesyuarat menggunakan aplikasi webez, zoom, whatsapp dan lain-lain, tanpa lagi bertemu muka.. hanya duduk ditempat masing-masing dan mesyuarat boleh dimulakan dan boleh dibincang dengan wajah-wajah ahli dapat dipaparkan dalam screen komputer atau HP..  Senangkan begitu ..  Cuma satu sahaja yang tidak dibenarkan buat mesyuarat ialah  Mesyuarat Tender/Sebutharga

Sudah tentu anak-anak buah saya yang terlibat secara langsung dalam membuat persiapan ini dari awal hingga selesai patut diberi penghargaan sewajarnya, kerana penyelarasan yang dibuat bersama dengan jabatan teknikal lain telah membolehkan proses-proses yang berlaku berjalan dengan lancar. Cumanya saya berharap penyelarasan yang lebih baik antara Pejabat Kewangan Negeri, Bahagian Teknologi Maklumat Negeri dan pemilik projek perlu dipertingkatkan untuk mengelakkan beberapa masalah kecil dapat diperbaiki. Maklumlah ini kali pertama proses cabut undi online seperti ini diadakan.

Untuk Daerah Kota Setar sahaja jumlah keseluruhan pojek ialah 95 Projek yang melibat perbelanjaan berjumlah RM5,326,500.00.  Jumlah pendaftara kontraktor di Kota Setar  ialah sebanyak 360 syarikat manakala yang memohon memasuki sistem cabutan ini ialah 346 syarikat...  Walaubagaimanapun setelah semakan dan tapisan yang dibuat, hanyak 207 syarikat sahaja yang layak untuk proses cabut undi online ini... Sudah tentu ada sebab musababnya kenapa adanya kontraktor yang terpaksa ditolak dari memasuki proses cabutan undi..

Ini yang sebenarnya yang saya nak cerita dan mungkin juga sebagai panduan kepada kontraktor agar perkara yang sama tidak berulang lagi kalau  hendak masuk sebutharga akan datang. Semasa di LADA saya juga menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perolehan Sebut Harga samada bekalan atau projek. Berjuta RM nilai projek yang sudah ditawarkan dan saya menjumpai bermacam-macam isu dan masalah berkaitan dengan kontraktor..  Namun begitu bukan semua kontraktor begitu , ada juga yang memang genuine sebagai kontraktor yang melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan baik dan sempurna dan tidak banyak menimbulkan karenah dan masalah dengan pemilik projek.

Satu hal yang menjadi kehairanan kepada saya ialah sikap setengah-setengah kontraktor yang tidak begitu mengambil berat akan dokumen sebutharga atau tender yang dimasukkan..  Kadang-kadang itu saya lihat harga yang dimasuki itu memang amat elok sangat dah dan boleh pilih sangat-sangat. Tapi bila dibuat penilaian kewangan dan teknikal tidak lepas.. Contoh yang paling mudah ialah apabila syarat modal yang ada.. katakan sekurang-kurang 2 peratus dari nilai projek.. Tapi kontraktor ada yang masih kemukakan dokumen penyata bank yang menunjukkan nilai kurang dari 2%..  Kadang-kadang hantar penyata bank ada  RM100.0 sahaja.. Untuk apa hantar penyata itu.. Kita bukan nak tengok no akaun bank, kita nak tengok berapa modal yang ada..  Dalam taklimat-taklimat yang diberikan kontraktor semasa lawatan tapak dan datang ambil borang, selalu diperingatkan begitu.. tapi masih hantar juga yang kurang dan sudah tentu, sebutharga yang dimasuki itu akan ditolak...  walau harganya amat baik sekali. Apa tujuan mereka masuk sebutharga itu , saya pun tak tau..

Begitu juga dokumen-dokumen sokongan yang wajib disertakan , banyak juga yang tidak kemukakan, dan ini menyukarkan jawatankuasa penilaian untuk membuat penilaian dan syor kepada pihak Jawatankuasa Sebutharga. Kadang-kadang tu terjumpa perkiraan yang silap..  Silap kira hingga merugikan syarikat kalau buat juga. Begitu juga dengan jumlah yang dikira tidak betul, bila dijumlahkan semua tidak sama dengan jumlah yang ditulis oleh kontraktor.. Inipun kita terpaksa tolak juga.. Kita tidak boleh sewenangnya memperbetulkan balik setelah sebut harga itu dibuka dan direkodkan.. Tidak ada integriti begitu. Lebih terok lagi kerap sangat saya jumpa, tanda tangan pun tidak ada... Kalau macam ini, apa nak kata. Masuk sebutharga macam tidak bersungguh-sungguh dan lepas itu dok mengharap projek jatuh ke riba.

Kadang-kadang  sudah tahu lesen sudah tamat, pun masih juga menghantar permohonan..  Apa tujuan dimasukkan juga saya tidak tahu.. Begitu juga kelayakan kontraktor yangg tidak berkaitan.. Kalau kita terlepas pandangpun dan berjaya , nanti bila nak buat pembayaran pasti akan ada masalah dengan audit dan sebagainya..

Untuk kes pendaftaran cabut undi online yang saya cerita tadi, 39 kontraktor terpaksa ditolak atas alasan- alasan seperti, Sijil Kontraktor telah tamat dan tiada bukti pembaharuan sijil, ada alamat CIDB yang diluar daerah Kota Setar, ada syarikat yang telah dinaikkan grednya , tidak berdaftar dengan kerajaan negeri, syarikat dikenakan tindakan tatertib, dokumen-dokumen wajib yag tidak disertakan dan sebagainya.. Kebanyakan masalah-masalah ini semua saya rasa memang diketahui oleh kontraktor sendiri., tak kan mereka tidak tahu status syarikat mereka .. tapi masih juga nak masuk permohonan ... Kalau berjayapun masa cabutan tersebut, kita masih tidak boleh tawarkan  projek tersebut selagi segala keperluan wajib tidak dikemukakan.

So.. begitu lah kira-kiranya ..  kalau nak cerita panjang lagi ni.. Itu saya tidak cerita lagi bila sudah dapat projek macam-macam masalah pula timbul bila laksanakan projek seperti tidak disiapkan ikut masa yang dijanjikan/tawarkan, serah balik projek kerana tidak ada pekerja, buat kerja tidak ikut spesifikasi, buat projek dalam keadaan rugi, tinggal macam itu sahaja, serah terus kepada orang lain buat dan segala macam lagi.  Nanti kalau saya ada kesempatan saya akan tulis cerita-cerita berkenaan itu. Apa yang saya tulis ini berasaskan fakta sepanjang berpuluh tahun menguruskan pelaksanaan projek-projek kerajaan. Namun seperti yang saya katakan sebelum ini bukan semua begitu, hanya segelintir sahaja yang macam itu dan mereka ini kalau masih macam itu, tak kemanalah rasanya..  Mengharapkan projek tapi tak berusaha menyediakan dokumen yang lengkap seperti mana yang dikehendaki..

Berbalik kepada pemilihan kontraktor atau pembekal melalui proses cabut undi projek, saya ada sedikit pandangan berkenaan ini. Dari satu segi  ianya memang amat telus dan tidak ada ruang untuk disalahgunakan bagi kepentingan peribadi.. Melalui cara undi ianya lebih adil dan memuaskan semua pihak. Begitu juga harga yang ditawarkan pastinya memuaskan kontraktor yang berjaya.. Saya rasa semua kontraktor akan berpuas hati cara ini.

Kerja-kerja cabut undi pada saya sesuai untuk kerja-kerja yang tidak terlalu teknikal dan rumit seperti penyelenggaraan jalan dan penyelenggaraan projek-projek kecil. Walau bagaimanapun untuk yang agak teknikal dan perlukan kemahiran tertentu, ianya perlu dibuat pemilihan oleh Jawatankuasa juga untuk mendapatkan kontraktor yang berkemampuan  dan mempunyai pengalaman.  Penilaian perlu dibuat terhadap kontraktor yang dirasakan berkemampuan berdasarkan kepada pengalaman dalam kerja-kerja tertentu.  Kalau kita silap memilih kontraktor , pada akhirnya projek yang dilaksanakan akan menghadapi masalah dari segi mutu dan tempoh masa.. Ini yang sering berlaku..  Kalau dibuat pemilihan secara cabut undi, ikut nasib lah.. kalau dapat kontraktor yang ok , tidak mengapalah juga. Kalau dapat kepada kontraktor yang tidak berprestasi, maka masalahlah nanti projek tersebut. Dalam rekod jabatan juga kita ada buat penarafan kontraktor- kontraktor mana bagus, yang cemerlang dan juga kontraktor yang bermasalah berasaskan kepada kerja-kerja yang dibuat sebelum ini.


Oklah panjang pula cerita saya berkenaan kontraktor .. Saya ucapkan tahniah kepada kontraktor yang telah berjaya dalam cabutan undi tersebut dan amat mengharapkan mereka melaksanakan projek tersebut dengan sebaik mungkin mengikut spesifikasi dan BQ yang telah ditetapkan.. Projek secara cabut undi ini selalunya harganya agak tinggi jika dibuat secara sebutharga.. Kalau secara sebutharga, harga yang ditawarkan akan bersaing antara kontraktor yang masuk sebutharga  berbanding dengan kaedah cabut undi ini.. Ini rezeki kepada kontraktor diketika banyak aktiviti ekonomi yang terjejas terok disebabkan adanya PKP ini.. .

Saya akan buat pemantauan secara langsung akan pelaksanaan projek-projek tersebut dan akan ada penilaian saya tersendiri akan kerja buat kontraktor-kontraktor tersebut. Kalau ada masalah pelaksanaan oleh kontraktor akibat kelemahan-kelemahan sendiri, faham-faham lah untuk projek yang akan datang.. Terima kasih.






2 comments:

  1. Terbaik Dato. Ilmu dato sangat luas seronok baca blog dato. Dapat juga saya mengetahui sedikit sebanyak tentang kerja2 berkaitan projek dan sebagainya.

    ReplyDelete