Thursday 30 September 2021

Budi di kenang Jua .

Catatan: Mohd Asri Redha


Assalaamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Ketemu lagi dalam catatan2 penghujung kerjaya saya sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah... 

Tanggal 19 September 2021 adalah hari terakhir saya sebagai Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Mungkin catatan ini adalah yang terakhir dalam blog  SEMANGAT JATI DO KOTA SETAR. Catatan saya  seterusnya akan dipaparkan dalam blog SEMANGAT JATI MOHD ASRI REDHA 

Persaraan adalah destinasi yang pasti dihadapi oleh setiap penjawat awam. Sejak awal perkhidmatan lagi kita sebagai pegawai kerajaan telah sedia maklum bahawa persaraan itu adalah pengakhir kepada perkhidmatan kita Peranan sebagai penjawat awam memberi pengalaman yang sangat menarik penuh kenangan dugaan, dan cabaran serta banyak ilmu pengetahuan yang boleh dikongsikan,

Sewaktu menerima pelantikan untuk berkhidmat sebagai penjawat dahulu, detik dan masa itu adalah saat2 yang paling bersejarah. Ketika kita kali pertama bekerja dipejabat kita merasakan ada alam baru dan tempat baru yang selesa yang jauh berbeda dari persekitaran kita di kampong iaitu sebelum kita bekerja.

Kita merasakan masa depan kita terjamin , masyarakat menghormati kita dan menghargai kita, kawan semakin ramai, dan pergaulan semakin luas. Sepanjang perkhidmatan pula kita akan dilatih dan didedahkan dengan pelbagai latihan kemahiran, kursus , lawatan-lawatan, ketrampilan diri, tatasusila , kesopanan, nilai2 murni dan segala yang baik-baik yang diajar dan diterapkan dalam diri kita. Justru itu penjawat awam adalah antara kelompok insan yang agak bertuah kerana terlatih dari segi mental , spritirual, fizikal, dan kepimpinan. Dunia perkhidmatan awam telah mengajar kita segala-galanya tentang kehidupan, pengorbanan dan kejayaan.

Inilah yang saya dapat rasakan sepanjang kerjaya saya sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah... Ia tetap menjadi kenangan seumur hidup saya sehingga ke akhir hayat nanti.. Selepas bersara ini saya tidak ada apa-apa perancangan lagi  untuk aktiviti selanjut, tapi yang pastinya  tentu persiapan untuk menghadapi hari yang dinanti-nantikan untuk menghadapi Allah SWT nanti.. Banyak sangat kekurangan-kekurangan diri dan amalan-amalan yang dibuat untuk menghadapi saat-saat itu... 

Oklah itu hanya sekadar intro sahaja... apa yang saya nak cerita ialah Majlis-majlis persaraan yang dibuat untuk saya.. Terkilan sikit  rasanya kerana bersara diwaktu ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak memungkinkan majlis dibuat dengan agak meriah sikit.. tak apalah..  lagipun saya hanyak bersara dalam Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri sebagai Pegawai Daerah Kota Setar sahaja.. Apalah sangat .. Sapalah nak tengok kita bersara.. Lainlah kalau bersara sebagai  SUK, PKN, TSUK, Datok Bandar atau Pengarah..  Selalunya pihak Kerajaan Negeri akan buat majlis khas persaraan.  Adalah juga hadiah-hadiah dari boss-boss besar negeri... Ini Setakat DO sahaja..  apa lah sangat.. Cukuplah anak-anak buah yang buat secara ringkas.. Terima kasih pada anak-anak buah yang usaha juga  menganjurkan majlis ringkas persaraan saya, dan ada juga beberapa ketua jabatan daerah yang datang menziarahi saya sebelum bersara..  Saya terima seadanya apa yang terjadi dan mendoakan agar semua kita dipelihara Allah SWT dari sebarang  musibah...

Saya rekodkan segala peristiwa itu dalam gambar-gambar yang akan termetri dalam lipatan sejarah kehidupan saya.. serta catatan ucapan saya dimajlis persaraan saya.. Ada banyak tempat dibuat majlis persaraan saya ini oleh anak-anak buah...   apa-apapun terima kasih saya ucapkan atas majlis yang dianjurkan dan ada juga hadiah-hadiah serta kek harijadi yang diberikan... terharu sangat..


Dibawah ini catatan ucapan saya dan dan juga gambar-gambar yang menggambarkan situasi cerita sebenar.. Terima kasih..

         @@@@@@@@@@@@

Saudari Pengacara  Majlis 

Ybhg Pegawai2 kanan PDtks, Penghulu-Penghulu Mukim, seterusnya semua anggota pentadbiran PDTKS sekalian yang amat mulia disisi Allah SWT.A

Sehubungan itu saya dengan penuh takzim dan ikhlas ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih kepada semua warga kerja PDTKS dari pelbagai peringkat diatas segala kerjasama erat, sokongan padu, bantuan dan sokongan yang telah diberikan kepada saya sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Pegawai Daerah Kota Setar ini

Saya juga mengambil kesempatan untuk memohon ribuan ampun dan maaf diatas segala kesilapan, kelemahan, ketelanjuran perbuatan dan kata kata yang menyinggung  perasaan dan hati sesiapa sahaja samada secara sedar atau tidak sedar sepanjang perkhidmatan saya di Pejabat Daerah Kota Setar ini.  Perkhidmatan saya di Pejabat Daerah Kota Setar ini bermula pada tanggal 14 Mei 2020 dan berakhir pada tanggal 20 September 2021.. Saya berkhidmat disini selama lebih kurang 16 bulan sahaja, satu tempoh yang saya rasa  tidak lama manapun… apatah lagi sepanjang saya bertugas disini kita dalam kegawatan segala macam masalah bila Perintah Kawalan Pergerakan diperkenalkan oleh kerajaan akibat dari penularan virus Covid-19.

Saudara-saudari selepas ini bukan lagi rakan sepejabat saya lagi , dan saya bukan lagi pegawai atasan saudara-saudari .. namun saudara-saudari semua masih menjadi teman yang bererti buat diri saya

Saya doakan agar usaha kita  untuk meningkatkan system penyampaian Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar  akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Doa saya juga semoga Allah SWT dengan rahmatnya melindungi kita serta mencurahkan taufiqnya dan hidayahnya serta dikurniakan kesihatan terbaik.. serta dihindari kita semua dari terkena wabak penyakit Covid-19 ini.. aamiin

Adalah menjadi harapan saya agar hubungan silaturrahim akan tetap berterusan dan terjalin erat. Semoga segala sokongan, bantuan dan kerjasama yang terjalin indah ini akan dapat diteruskan kepada pengganti saya  yang akan datang menggantikan saya nanti. Buat masa ini saya difahamkan jawatan DO ini tidak akan diisi sehingga bulan Mac nanti.. Untuk sementara saya mohon tuan puan semua berilah Kerjasama kepada Pn Sharhida KPPDK (PT) yang akan memangku jawatan Pegawai Daerah..

Dimana ada pertemuan disana ada perpisahan.. Semoga pertemuan dan perpisahan yang terjadi ini kerana Allah SWT.. Jadikan perpisahan ini adalah yang terindah dalam hidup kalian sepanjang waktu.. Sahabat2 yang baik sulit untuk ditemukan , lebih sulit untuk ditinggalkan dan tidak mungkin untuk dilupakan..

Dalam dunia pekerjaan sejak saya terlibat dalam Pentadbiran  Negeri Kedah sebagai KCS sejak tahun 1985, saya telah menempoh pelbagai pengalaman dan alami kisah suka duka dalam sebuah perpisahan dan kehilangan.. 20 jawatan sudah saya pegang untuk tempoh selama 36 tahun 4 bulan. Pertukaran demi pertukaran adalah sesuatu yang kadang-kadang  menyedihkan dan kadang-kadang menyeronokkan dan kadang-kadang bingong juga… macam-macam perasaan telah saya rasai.. Kali ini perasaan lain sangat la. Kerana ini bukan bertukar kerja tapi kali ini saya bersara.. Saya tidak lagi terikat dengan rutin harian saya sebagai Pegawai Kerajaan.. Tidak tahulah lagi macam mana rutin harian saya selepas ini, kerana kehidupan saya sebelum in kira fasal kerja saja.. kadang-kadang  hari  cuti pun masih datang bekerja sebab saya seronok bekerja… Apa2pun saya sedang mempersiapkan diri dengan mental untuk menghadapi alam persaraan nanti.. mohon doakan saya dan kita semua agar sentiasa sihat walafiat selalu.

Selepas ini saya tidak lagi akan mengarah, suruh itu ini, saya tidak ada lagi kuasa untuk meluluskan sesuatu,  saya tidak lagi tempat orang meminta pandangan, saya lagi menjadi tempat meminta buat keputusan, saya tidak lagi menjadi orang yang membuat pertimbangan, dan segala macam kerja apatah lagi kerja sebagai Ketua Jabatan. Saya akan kehilangan itu semua . Saya akan menjadi orang biasa-biasa sahaja. Pada ketika itu saya sama sahaja  dengan anak-anak buah yang dah pencen dulu..  Tidak ada perbedaan dari segi tugas dan darjat.. sama sahaja…

Saya bersyukur kerana sepanjang saya berkerja sebagai PTN dan juga menjadi ketua jabatan dan pada akhirnya mendapat gelaran Dato’, saya masih seperti dulu2 juga, tidak timbul rasa hebat pun, tidak timbul rasa megah pun, tidak timbul rasa angkuh dan berlagak dengan apa yang diperolehi.. saya tetap seperti selalu dan tidak ada protocol-protokol yang menggambarkan saya seorang yang susah didekati, susah dihubungi, susah bekerjasama, susah untuk berusan dengannya, dan segala macam yang menyusahkan.. Prinsip saya mudah sahaja iaitu saya tidak mahu menyusahkan sesiapa,  saya hanya mahu menyenangkan orang sahaja. Sebab itu sebaik mungkin saya cuba sedaya upaya untuk membantu sesiapa sahaja yang berurusan dengan saya..

Sepanjang saya bekerja sebagai PTN dan Ketua Jabatan, saya memang tidak akan menyusahkan anggota kerja yang dibawah saya walaupun memang saya dikenali juga dengan ketegasan berkenaan disiplin .. Saya mahu orang yang bekerja dibawah saya senang buat kerja dengan saya.. Sebab itu saya jarang menolak apa-apa sahaja perkara yang berkaitan kerja yang diperlukan oleh anak-anak buah…. Habaq la apa sahaja.. nak minta tandatangan , nak minta buat penilaian ka, nak minta lulus apa-apa ka, nak minta buat mesyuarat ka, dan apa2 saja, saya ok saja.. dimana saja dan bila-bila masa saja… saya tak mahu menyusahkan anak-anak buah saya yang mahu buat kerja..

Kadang-kadang tu saya kesian tengok ada anak-anak buah nak minta lulus sesuatu, boss buat tak kisah sahaja, dan ambil masa begitu lama untuk buat keputusan.. Sama lah juga nak minta buat mesyuarat, lambat boss bagi keputusan, nak minta boss buat pengesahan tertentu , pada akhirnya lambat ambil tindakan.. pendek kata, anak-anak buah jadi pening dengan karenah boss mereka.. Ada juga boss yang habaq siap2, jangan dok kacau dia kalau tengah cuti dan sebagainya.. Anak buah takkan kacau kalau benda itu tidak penting yang perlu keputusan segera… Anak-anak buat takut atau segan untuk berjumpa dengan boss… sebab ada angin tidak baik dsbgnya.  Ada juga boss macam tu.. Sayapun biasa juga ada boss macam tu juga .

 Sebab itu saya memahami perkara itu dan tidak akan sekali-kali menyusahkan anak-anak buah yang mahu buat kerja… Saya tidak akan tinggalkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya bila meninggalkan sesuatu jabatan.. Kata orang tidak tinggal taik.. Saya harap saya tinggalkan Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar ini dalam keadaan baik dan tiada perkara-perkara tidak selesai  yang saya tinggalkan… Saya bercakap ini kerana pengalaman-pengalaman yang saya rasa pernah saudara saudari rasai, bila boss keluar dari opis tertentu, banyak lagi ketinggalan yang tidak diselesaikan seperti penilaian prestasi kakitangan, report2 tertentu yang perlu disiapkan, penyerahan dokumen2  dan aset2 yang perlu diserah sebelum bertukar, hutang-hutang pendahuluan yang perlu diselesaikan sebelum bersara atau bertukar dan segala macam lagi tinggalan yang tidak sepatutnya. Jenoh anak buah dok tanya bila nak selesai.. sedangkan ex boss tu buat tak kisah sahaja.. Ini reality yang saya rasa sebahagian dari saudara-saudari biasa hadapi..  Saya tidak akan buat macam tu.. kalau ada apa-apa yang terhutang dan tindakan yang belum diambil bagi tahu sahaja, pasti saya akan segera lunasinya tanpa masalah… jangan segan dengan saya.

Saya boleh dihampiri oleh sesiapa sahaja dan apa sahaja urusan.. Jarang saya menolak sebarang orang yang hendak berjumpa dengan saya walaupun tidak ada temujanji..  Pada saya tidak ada apa hebatnya jawatan yang disandang ini.  Jawatan ini hanya sementara sahaja untuk saya.. Allah SWT telah menentukannya begitu..  Jadi kenapa saya perlu rasa besar diri dengan jawatan sementara yang Allah SWT berikan kepada saya… Pada saya yang penting apakah sumbangan kita kepada rakyat… Seboleh mungkin sesiapa sahaja yang datang ke pejabat yang memerlukan perkhidmatan kita, kita dapat penohi dan selesaikan dengan baik… Sebab itu saya tidak pernah sekali-kali meninggikan suara bila berurusan dengan orang awam dan juga dengan anggota-anggota bawahan saya..  Kalau saudara-saudari terasa ada kata2 saya yang agak berbisa pada pandangan saudara saudari semua , saya memohon ampun dan maaf.. yang pastinya saya tidak pernah ada niat untuk membuatkan orang berkecil hati dengan saya.

Begitulah yang harapkan kepada saudara-saudari semua , layanilah pelanggan kita dengan sebaik mungkin dan selesaikanlah masalah mereka dimana yang boleh.. Kita dibayar gaji yang lumayan untuk melayani karenah rakyat yang berurusan dengan kita.. Keletihan sedikit sebanyak dalam bekerja jangan kita luahkan dengan kemarahan kepada pelanggan kita yang berurusan.. Apalah sangat keletihan kita bekerja berbanding orang rakyat diluar sana yang masih terkial-kial tercari-cari kehidupan yang sempurna buat mereka… apatah lagi diwaktu PKP ini .. Amat ramai orang memerlukan bantuan dari kita… bantulah apa yang mampu kita bantu.. jangan berkira sangat dengan masa yang terlebih kita guna untuk kerja, jangan berkira sangat dengan tenaga yang yang kita guna untuk membantu rakyat yang memerlukan… Kita kena bersyukur dengan apa yang kita dapat sekarang ini….

Saya juga telah cuba memberikan imej yang baik kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar dikalangan jabatan-jabatan luar. Ini amat penting kerana dengan membina imej yang baik akan memudahkan segala urusan-urusan pentadbiran daerah berjalan lancar… Sebagai Pejabat Daerah, banyak aktiviti-aktiviti yang perlu dibuat bersama dengan jabatan luar. Kalau tidak bekerja sama dengan mereka dan dok tunjuk sombong dengan mereka, pada akhirnya kita juga yang akan sukar melaksanakan segala aktiviti.  Saya bersyukur kerana sepanjang saya berkhidmat dengan PDTKS ini hubungan jabatan kita dengan jabatan lain amat erat. Malahan kadang-kadang mereka sendiri bergantung kepada kita untuk apa sahaja aktiviti yang hendak dibuat seperti mana program dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Malaysia, Jabatan Perpaduan, Jabatan Kesihatan, NCIA, AADK, JKR, JPS, MBAS dll jabatan lagi . Sebab itu saya sentiasa ikut aktiviti-aktiviti yang mereka adakan apabila dijemput .. Saya harap Kerjasama yang mereka berikan kepada kita akan berterusan, tertakluk bagaimana kita bekerjasama dengan mereka… Kita tidak ada kuasa apa pun untuk arah mereka tapi dengan pendekatan mendekati mereka, saya lihat apa-apa sahaja keputusan yang saya buat dipatuhi oleh mereka. Ini membuktikan mereka menghargai pandangan  dan keputusan yang kita berikan.

Dalam sepanjang kerjaya saya rasa amat bertuah sekali dapat bertugas di PDTKS.. Saudara tahu kan.. Sebenarnya kedatangan saya ini adalah kali ke 3 ke PDKTS.. Saya pernah menjadi ADO Pentadbiran pada tahun 1.3.2000 dan selepas 10  tahun  iaitu pada 10.08.2011 kemudian kembali lagi sebagai Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar.. dan selepas 10 tahun lagi iaitu 14.05.2020 kembali lagi balik kesini sebagai Pegawai Daerah… Ada kalangan staf yang bersama saya semasa ADO dulu masih bersama saya hari ini, tapi majoriti sudah bertukar , bersara dan ramai juga yang telah meninggal dunia. Terlalu banyak pengalaman saya di Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar ini.. terutama dalam melaksanakan projek pembangunan di masa saya menjadi ADO Pentadbiran dan Pembangunan… Bayangkan saya menguruskan pelaksanaan projek kerajaan persekutuan bernilai lebih RM25  juta untuk 3 kawasan parlimen dengan tenaga juruteknik seramai 3 orang sahaja dan 2 orang kerani sahaja, tapi masih dapat diselesaikan segala kerja tersebut dengan baik..Itu tidak termasuk lagi projek yang dibawah kerajaan negeri.  Berbanding dengan projek yang diterima sekarang tidaklah sebanyak itu, apalah sangat dari segi bebanannya… Dalam masa yang sama juga saya terpaksa menguruskan hal berkaitan pengurusan acara yang begitu banyak diadakan dalam daerah kota setar ini dan juga berkaitan keselamatan. Sebab itu pada saya dengan bebanan kerja yang ada sekarang ini di Pejabat Daerah Kota Setar, pada saya tidak ada apalah sangat…   bagi saya tidaklah membebankan.. apatah lagi dengan gred jawatan yang lebih tinggi memikul tanggungjawab yang diberi serta kakitangan sokongan yang lebih ramai.

Pada diri saya realitinya setiap yang patah sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur, Dimana sahaja kita berada atau ditempatkan, suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang kita kasihi ataupun kita kurang disenangi..

Setiap yang bermula pasti akan berakhir.. Setiap yang hidup pasti akan mati… Itulah lumrah kehidupan, mahu tidak mahu  perkara tersebut tidak mungkin akan dapat dielakkan.

Kita tidak mungkin dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu terjadi. Kerana itulah fitrah alam kehidupan. Sebagai seorang manusia yang waras, kita perlu terus melanjutkan perjuangan agar mendapat lebih kebaikan dalam sebuah kehidupan pada masa masa hadapan..Orang-orang yang pergi , yang meninggalkan berjuta memori barangkali hanya akan menjadi pemangkin yang dapat menyuburkan keazaman untuk lebih berdaya saing dalam sebuah perjuangan sebagai insan.

Mengucapkan selamat tinggal atau salam perpisahan itu sebenarnya tidak bererti apa-apa.. Meski jarak ada diantara kita,  saya harap kita tidak pernah merasa jauh, sebab persahabatan dan persaudaraan itu tidak diukur dengan jarak,  melainkan dengan hati.. Tidak ada perpisahan hakiki antara kita.. Di mana pun kamu berada, kamu kan selalu ada dihati saya. Mana mungkin saya boleh lupa dengan PDTKS… disini ada tangisan, disini ada perjuangan, disini ada luka, disini ada tawa, disini ada BAHAGIA dan disini juga ada rindu dan semua itulah yang memberatkan kita ketika kita harus berpisah.. kesedihan tidak dapat ditahan-tahan.. saya suka dengan saudara saudari semua ….. seringkali kita tidak menyedari kedalamannya cinta dan kasih sayang  sehingga saat perpisahan tiba. Setiap akhir sebuah cerita selalu akan menciptakan awal cerita baru.. tapi bagi saya adakah lagi cerita baru itu dengan umur yang akan melepasi 60 tahun beberapa jam saja lagi…  Begitu juga dengan perpisahan ini. Terkadang perpisahan membuat kita mengerti betapa pertemuan itu sangat bererti , sehingga kita mampu memaknai dan menghargai setiap detik kebersamaan…..

Selamat Maju Jaya dalam apa jua lapangan. Semoga Pejabat Daerah dan Tanah  terus relevan dan cemerlang  di negeri Kedah ini dan  seterusnya menyumbang kepada pembangunan social dan ekonomi negeri dan negara. Tunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada jabatan kita  tanpa syarat, tunjukkan kasih sayang sesama anggota warga PDTKS.  Tatkala berlaku perselisihan walau betapa besar pun perkaranya, ingatan air yang dicincang tidak akan putus menjadi penyendal terlerainya kasih sayang. Bergaduhlah bagaimana sekalipun,, bila bidok lalu kiambang pun bertaut. Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi ini tiada batasan waktu dan jarak. Bila yang disayang tiada didepan mata, hati terus merindu akan kehadhirannya ..jauh dimata dekat dihati.

Seseorang penjawat awam  mempunyai kasih yang tidak berbelah bahagi terhadap organisasinya tidak sama sekali akan menjual maruah dan martabat organisasinya kepada orang lain.  Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi  seseorang kepada yang Maha Pencipta akan menjadikan kita berdoa dengan penoh harapan, bersyukur bila menerima nikmat , tunduk dan akur bila menerima musibah walau ia mendatang bertali arus..

Sebenarnya dalam reality nya kita banyak menumpahkan kasih sayang yang bersyarat… Bila rakan sekerja tidak membantu tugasnya, persahabatan pun menjadi renggang.. Bila organisasi mengenepikannya atau tidak memenuhi hajat nya  maka ia mula buat kerja sambi lewa dan halai balai saahaja.. Bila organisasi dirasakan tidak adil dengannya maka segala macam perkara negative akan ditonjolkan.. .

Memberi kasih secara bersyarat ini akan terjadi bila kita sering asyik meminta-minta.. tapi memberi kasih yang tidak berbelah bahagi itu terjadi bila kita sentiasa memberi, memberi dan memberi… Meminta-minta akan menjadikan kita tamak… manakala memberi pula akan meresapkan rasa BAHAGIA  dihati kita.. Itulah yang patut ada  pada diri saya dan pada saudara-saudari semua, agar kita kena terapkan akan rasa bahagia berpanjangan selamanya…. Jadilah diri kita sebagai orang yang dikehendaki, orang yang dialu-alukan kedatangannya dan ditunggu-tunggu.. Bukan menjadi pegawai yang bila kena tukar ke sesuatu bahagian, bahagian tersebut dah mula rasa tak seronok, kerana mereka tahu karektor pegawai yang nak  mai tu macam mana..

Sekian terima kasih




Anak buah di PPV Stadium Sultan Abdul Halim
Suka Menanti Alor Setar buat majlis ringkas 
persaraan saya.






















































Catatan.. Mohd Asri Redha





















Budi di kenang Jua .

Catatan: Mohd Asri Redha Assalaamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Ketemu lagi dalam catatan2 penghujung kerjaya saya sebagai Pegawai Tadbir...