Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 21 Oktober
Hari ini saya menerima peruntukan Bantuan Wang Ihsan Untuk Daerah Kota Setar bagi tujuan membantu mangsa-mangsa ribut yang berlaku pada Bulan April yang lalu.. Waktu itu berlaku ribut yang agak besar dan kuat dan bukan sahaja di Daerah Kota Setar sahaja yang terkena bala ini, tapi boleh dikatakan seluruh Negeri Kedah ini telah terkesan dengan bencana ribut ini...
Semakan yang dibuat melalui inisiatif Penghulu telah mengenalpasti lebih kurang 243 buah rumah telah terjejas dengan kerosakan sana sini rumah mereka. Ada yang kurang terok dan tidak kurang juga yang amat terok pun ada.. Rumah yang kurang terok kerosakannya berjumlah 136 buah diberi bantuan RM200 setiap pemilik rumah manakala yang rosak terok berjumlah 107 buah diberi bantuan RM500 setiap pemilik rumah.
Pihak NADMA telah memperakui akan permohonan yang dibuat melalui Pejabat Daerah Kota Setar untuk bantuan membantu mangsa-mangsa ribut ini.
Hari ini Angkatan Pertahanan Awam yang diketuai oleh Tuan Zain mewakili NADMA telah menyampaikan peruntukan wang tunai tersebut berjumlah RM80,7000.00 kepada Penghulu-Penghulu Mukim yang terlibat , untuk mereka menyampaikannya kepada mangsa-mangsa ribut yang telah dikenalpasti itu .
Semoga dengan bantuan yang diberikan ini akan dapat meredakan kehangatan kemarahan penduduk akibat masalah yang mereka hadapi, lebih-lebih berlaku diwaktu-waktu PKPP ini yang juga menimbulkan banyak masalah kepada rakyat untuk mencari pendapatan menyara hidup mereka./.
Terima Kasih .. akan keamanan yang kita kecapi di Negara Malaysia ini.. membolehkan kita melaksanakan banyak kerja-kerja kebajikan untuk rakyat...
Gambar-gambar dibawah ini adalah sebahagian dari aktitivi penyerahan bantuan tersebut kepada sebahagian penerima-penerima bantuan tersebut yang melibatkan 17 Mukim dalam Daerah Kota Setar. Bantuan disampaikan oleh saya sendiri dan juga Penghulu-Penghulu Mukim.
No comments:
Post a Comment