Wednesday, 24 June 2020

'Kerja Berpasukan Menjamin Kejayaan Sesuatu Program' : Hubungan Baik Antara Jabatan Perlu Diterapkan..

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 17 Jun 2020

Assalaamualaikum WBT ... Sepanjang minggu ini saya menerima ramai ketua-ketua jabatan kerajaan peringkat daerah dan negeri . Terima kasih saya ucapkan kepada yang sudi bertandang ke Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar.. Sesungguhnya kunjungan seperti ini amat saya hargai dalam usaha kita sebagai anggota pentadbiran kerajaan samada negeri dan persekutuan melaksanakan tanggongjawab dan amanah yang diberikan. 

Hubungan kerjasama yang erat sesama jabatan amat penting kerana ianya akan memudahkan segala perancangan dan pelaksanaan program-program yang diator. Saya sebagai Pegawai Daerah Kota Setar tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang ingin melaksanakan segala macam program didaerah Kota Setar ini.. Segala bentok perancangan dan pelaksanaan program yang dibuat sudah semestinya adalah untuk kesejahteraan rakyat.

Apa-apa masalah yang dihadapi boleh diselesaikan secara musyawarah dan berpakat elok-elok . Insya Allah segala akan berjalan dengan elok dan lancar.

Kunjungan Ketua NCIA Kedah/Perlis.



Kunjungan hormat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor
Utara (NCIA) diketuai oleh Ketua NCIA Kedah dan Perlis en Fauzan Ismail.





Saya mendapat banyak maklumat dengan kunjungan dari pihak NCIA dengan taklimat lengkap yang diberikan kepada saya.. Banyak program yang telah diator dan dirancang untuk dilaksanakan di dalam daerah Kota Setar. Sudah tentu saya amat mengalu-alukan akan usaha murni yang telah memilih Kota Setar dalam sebahagian dari program NCIA  dalam usaha membangunkan modal insan dan menggalakan pelaburan swasta (kecilan atau besar) . Program terdekat yang akan diadakan oleh NCIA bersama dengan Pejabat Daerah ialah Program KIDA (Kasih Ibu Darul Aman) dimana orang yang layak akan diberi Kad Tanpa Tunai untuk pembelian barang keperluan asas  bernilai RM250 sebulan dan juga Faedah Kesihatan RM500 Setahun.

Disamping pihak NCIA juga mempunyai program khusus berkaitan dengan modal insan yang akan dilaksanakan di Daerah Kota Setar. Saya amat mengalu alukan inisiatif strategik ini dalam suasana ekonomi yang agak kurang memberangsangkan maka seharusnya ada pendekatan baru yang boleh dibuat bagi membantu rakyat yang terjejas dengan PKPP ini. Insya Allah Jawatankuasa Pelaksana (ICM) bagi program empowerNCER@Kedah Daerah Kota Setar akan ditubuhkan bagi melaksanakan program-program modal insan seperti Latihan Kemahiran dan Keusahawan serta Akademik



Kunjungan hormat Pengarah JKPTG Negeri Kedah

Kunjungan Hormat Pengarah JKPTG Kedah diketuai
oleh en Anuar Musa
Isu-isu Tanah Persekutuan adalah antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan ini. Saya juga telah mencadangkan supaya pihak JKPTG mengenalpasti mana-mana Tanah Kerajaan Persekutuan yang telah dimiliki sejak sekian lama yang belum mempunyai hak milik agar dapat menyenaraikan kepada saya untuk dilihat status terkininya... Saya memberi jaminan akan memproses segera permohonan-permohonan hakmilik tersebut jika masih di Pejabat Tanah Kota Setar. Ini amat penting kepada Kerajaan Negeri Kedah.. Selagi hakmilik tidak dikeluarkan , selagi itulah kerajaan negeri tidak mendapat apa-apa hasil samada dari segi cukai Tanah atau premium Tanah. Ini merugikan kerajaan.. 






Kunjungan Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar.

Kunjungan Hormat Ketua Pegawai AADK Daerah
Kota Setar diketuai oleh en Haffizie Yahya
bersama Suria Azlina

Kota Setar juga mempunyai bilangan penagih dadah yang agak ramai dan sesuatu tindakan mengatasinya perlu diambil dan ditangani dengan sewajarnya..  Isu ini sudah berlarutan sejak sekian lama dan pihak AADK sentiasa berusaha untuk membanteras gejala tidak sihat ini.  Melalui kunjungan mesra ini  saya dapat mengenali lebih rapat lagi pegawai-pegawai kanan AADK Daerah Kota Setar ini. Dari taklimat yang diberikan saya dimaklumkan banyak rancangan-rancangan telah diator didaerah Kota Setar ini untuk mengatasi masalah penagihan dadah ini..

Salah satu program yang akan dilaksanakan bersama jabatan-jabatan dalam daerah Kota Setar dalam tempoh terdekat ini ialah  Projek Rintis Menangani Masalah Penyalahgunaan Dadah, Bahan dan Pelencongan Sosial di Kuala Kedah.. Ini satu pendekatan terkini AADK dalam menangani gejala social, dengan tidak hanya menumpukan kepada isu dadah semata-mata tapi juga yang bersangkutan dengan gejala social itu seperti isu keciciran atau ponteng sekolah, isu kurang maklumat belia , isu kurang latihan, isu rumah yang tidak tersusun , isu kesihatan, dan termasuk juga isu pengedaran dadah, isu kebersihan, isu pengabaian kanak-kanak dan lain-lain lagi.. Saya telah memberi jaminan akan membantu pihak AADK untuk melaksanakan dan menyelaraskan program ini bersama-sama jabatan lainnya...




Kunjunga Hormat Angkatan Pertahanan
Awam Daerah Kota Setar Kapt (P)
Mohd Zain Bahrum
Kunjungan Hormat Ketua Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kota Setar .


Terima kasih kerana sudi berkunjung ke PDKS.. APM sentiasa bersama dengan PDKS dalam kebanyakan aktiviti melibatkan bencana alam dan bencana lainnya. Disamping kerja-kerja khidmat social juga selalu dilaksanakan oleh APM di daerah Kota Setar ini. .. Insya Allah dipihak PDKS saya sentiasa akan memberikan kerjasama yang terbaik kepada APM dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Kerjasama yang diberikan oleh APM sebelum ini adalah terbaik.














Kunjungan hormat Pengarah Perangkaan Negeri Kedah

Kunjungan Hormat Pengarah Perangkaan Negara
Negeri Kedah Pn. Suzana bt. Abu Bakar dan
Tn Hj Shahbani 

Tahun ini Jabatan Perangkaan akan mengadakan Banci Penduduk. Saya sebagai Pegawai Daerah Kota Setar turut dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Banci yang akan memastikan fakta bancian yang diperolehi disahkan kebetulannya. Berat juga tugas ini. Walau bagaimanapun tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ini  akan cuba digalas dengan sebaik mungkin bersama-sama dengan anak-anak buah yang juga ada terlibat dalam bancian penduduk dan perumahan ini. Puan Pengarah Perangkaan telah memberi maklumat-maklumat terkini tentang proses bancian penduduk ini dan peranan yang perlu dimainkan oleh Pegawai Daerah Kota Setar serta Penguasa-Penguasa Banci , Penyelia dan Pembanci.. Banyak kerja nak kena buat selepas ini.. terutama dari segi mendapatkan penyelia banci dan pembanci. Bagitu juga pengaturan kursus-kursus yang perlu diberi kepada Penguasa, Penyelia dan Pembanci.. Harap-harap jangan ada pilihanraya pula pada waktu bancian ini diadakan.. Tak menang tangan jawabnya anggota kerjaPejabat Daerah Kota Setar.



Kunjungan Hormat Jabatan Perpaduan Daerah
Kota Setar/Pdg Terap/Pokok Sena diketuai oleh
en Mohamed Zaizulman b. Zainal Abidin serta 
Mohd Sobri Hamid (Pak Teh)
Ku Aziz

Kunjungan Hormat Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar/Padang Terap/Pokok Sena

Sebagai sebuah Negara berbilang bangsa dan kaum,  keharmonian kaum amat dititikberat dinegara Malaysia tercinta ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar dan rombongannya melawat Pejabat Daerah Kota Setar.. Banyak aktiviti yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Perpaduan Daerah di Kota Setar ini. Saya telah bersetuju untuk mempengerusikan beberapa Jawatankuasa yang dibentok oleh Jabatan untuk memudahkan penyelarasan pelaksaanaan program di Kota Setar ini. Jawatankuasa Perpaduan Daerah Kota Setar (JKTPD) akan ditubuhkan  dalam tempoh terdekat ini dengan saya sebagai Pengerusinya.


Kunjungan mesra Pn Aldrina@Mimi Pengarah SPR
Kedah bersama anggota pegawai kanannya.

Kunjungan Pengarah SPR Negeri Kedah.

Selalunya bila kunjungan orang SPR terasa macam dekat-dekat nak ada pilihanraya pula ni.. Biasalah tu.. Pegawai Daerah memang tidak asing dengan SPR kerana bila ada pilihanraya DO akan dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihanraya.. dan juga pegawai-pegawai lain juga terlibat.. Sepanjang kerjaya saya sudah 6 kali pilihanraya saya menjadi Penolong Pengurus Pilihanraya. dan sekali terlibat dengan Pilihanraya Kecil Anak Bukit.

 Antara SPR dan Pejabat Daerah memang saling bekerjasama.. Elok sangatlah kita bersedia dari sekarang mengator persiapan-persiapan untuk Pilihanraya Umum.. Kalau-kalau diumum pilihanraya umum dalam tempoh terdekat, kelam kabut kita dibuatnya.. Apa-apapun saya berharap pilihanraya umum ini biarlah sampai masanya nanti baru dibuat, bukan dibuat dalam tempoh terdekat ini yang tidak cukup penggal lagi.. Terima  kasih pada Puan Pengarah yang sudi berkunjung ke Pejabat Daerah Kota Setar ini.



Kunjungan Mesra Pen. Pengarah Majlis Keselamatan Negeri Kedah.

Isu2 keselamatan menjadi topik hangat sejak kebelakangan ini.. Saya melihat peranan MKN tidak lagi fokus semata2  kepada isu politik .. terutama aktiviti gerak saraf yg berusaha menarik sokongan kepada kerajaan yang memerentah. Ianya patut lebih jauh merangkumi segala aspek seperti perpaduan kaum, isu perkauman, isu persengketaan ugama, isu gejala sosial, isu pati, isu jenayah lain dan segala macam isu yg boleh menjejaskan keselamatan awam dan negara.. Segala gerak kerja perlu direncanakan kearah memastikan negara berada dalam keselamatan yang terjamin..

Sebarang isu2 dan masalah keselamatan yg timbul perlu dicari puncanya dan diselesaikan secepat mungkin.. agar tidak merebak.. Itu antara perbincangan saya dengan pegawai kanan dari MKN ini.. In Sya Allah.. Saya pastinya akan membantu dlm aktiviti2 mereka dengan sebaik mungkin dan menjadi penyampai maklumat utama jika ada apa2 isu keselamatan di daerah dan mukim..


AdKunjungan diketuai oleh en Nurul Hasri b. Abdullah Hashim Pen Pengarah MKN Negeri Kedah (PPKDKS) d caption


Kunjungan Pegawai Zakat Daerah Kota Setar


Kunjungan En. Muhammad Najib b Mohd Taib,
Pengerusi Belia 4B Malaysia Caw. Neg Kedah


1 comment:

Budi di kenang Jua .

Catatan: Mohd Asri Redha Assalaamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Ketemu lagi dalam catatan2 penghujung kerjaya saya sebagai Pegawai Tadbir...