Wednesday 24 June 2020

'Kerja Berpasukan Menjamin Kejayaan Sesuatu Program' : Hubungan Baik Antara Jabatan Perlu Diterapkan..

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 17 Jun 2020

Assalaamualaikum WBT ... Sepanjang minggu ini saya menerima ramai ketua-ketua jabatan kerajaan peringkat daerah dan negeri . Terima kasih saya ucapkan kepada yang sudi bertandang ke Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar.. Sesungguhnya kunjungan seperti ini amat saya hargai dalam usaha kita sebagai anggota pentadbiran kerajaan samada negeri dan persekutuan melaksanakan tanggongjawab dan amanah yang diberikan. 

Hubungan kerjasama yang erat sesama jabatan amat penting kerana ianya akan memudahkan segala perancangan dan pelaksanaan program-program yang diator. Saya sebagai Pegawai Daerah Kota Setar tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang ingin melaksanakan segala macam program didaerah Kota Setar ini.. Segala bentok perancangan dan pelaksanaan program yang dibuat sudah semestinya adalah untuk kesejahteraan rakyat.

Apa-apa masalah yang dihadapi boleh diselesaikan secara musyawarah dan berpakat elok-elok . Insya Allah segala akan berjalan dengan elok dan lancar.

Kunjungan Ketua NCIA Kedah/Perlis.



Kunjungan hormat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor
Utara (NCIA) diketuai oleh Ketua NCIA Kedah dan Perlis en Fauzan Ismail.





Saya mendapat banyak maklumat dengan kunjungan dari pihak NCIA dengan taklimat lengkap yang diberikan kepada saya.. Banyak program yang telah diator dan dirancang untuk dilaksanakan di dalam daerah Kota Setar. Sudah tentu saya amat mengalu-alukan akan usaha murni yang telah memilih Kota Setar dalam sebahagian dari program NCIA  dalam usaha membangunkan modal insan dan menggalakan pelaburan swasta (kecilan atau besar) . Program terdekat yang akan diadakan oleh NCIA bersama dengan Pejabat Daerah ialah Program KIDA (Kasih Ibu Darul Aman) dimana orang yang layak akan diberi Kad Tanpa Tunai untuk pembelian barang keperluan asas  bernilai RM250 sebulan dan juga Faedah Kesihatan RM500 Setahun.

Disamping pihak NCIA juga mempunyai program khusus berkaitan dengan modal insan yang akan dilaksanakan di Daerah Kota Setar. Saya amat mengalu alukan inisiatif strategik ini dalam suasana ekonomi yang agak kurang memberangsangkan maka seharusnya ada pendekatan baru yang boleh dibuat bagi membantu rakyat yang terjejas dengan PKPP ini. Insya Allah Jawatankuasa Pelaksana (ICM) bagi program empowerNCER@Kedah Daerah Kota Setar akan ditubuhkan bagi melaksanakan program-program modal insan seperti Latihan Kemahiran dan Keusahawan serta Akademik



Kunjungan hormat Pengarah JKPTG Negeri Kedah

Kunjungan Hormat Pengarah JKPTG Kedah diketuai
oleh en Anuar Musa
Isu-isu Tanah Persekutuan adalah antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan ini. Saya juga telah mencadangkan supaya pihak JKPTG mengenalpasti mana-mana Tanah Kerajaan Persekutuan yang telah dimiliki sejak sekian lama yang belum mempunyai hak milik agar dapat menyenaraikan kepada saya untuk dilihat status terkininya... Saya memberi jaminan akan memproses segera permohonan-permohonan hakmilik tersebut jika masih di Pejabat Tanah Kota Setar. Ini amat penting kepada Kerajaan Negeri Kedah.. Selagi hakmilik tidak dikeluarkan , selagi itulah kerajaan negeri tidak mendapat apa-apa hasil samada dari segi cukai Tanah atau premium Tanah. Ini merugikan kerajaan.. 






Kunjungan Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar.

Kunjungan Hormat Ketua Pegawai AADK Daerah
Kota Setar diketuai oleh en Haffizie Yahya
bersama Suria Azlina

Kota Setar juga mempunyai bilangan penagih dadah yang agak ramai dan sesuatu tindakan mengatasinya perlu diambil dan ditangani dengan sewajarnya..  Isu ini sudah berlarutan sejak sekian lama dan pihak AADK sentiasa berusaha untuk membanteras gejala tidak sihat ini.  Melalui kunjungan mesra ini  saya dapat mengenali lebih rapat lagi pegawai-pegawai kanan AADK Daerah Kota Setar ini. Dari taklimat yang diberikan saya dimaklumkan banyak rancangan-rancangan telah diator didaerah Kota Setar ini untuk mengatasi masalah penagihan dadah ini..

Salah satu program yang akan dilaksanakan bersama jabatan-jabatan dalam daerah Kota Setar dalam tempoh terdekat ini ialah  Projek Rintis Menangani Masalah Penyalahgunaan Dadah, Bahan dan Pelencongan Sosial di Kuala Kedah.. Ini satu pendekatan terkini AADK dalam menangani gejala social, dengan tidak hanya menumpukan kepada isu dadah semata-mata tapi juga yang bersangkutan dengan gejala social itu seperti isu keciciran atau ponteng sekolah, isu kurang maklumat belia , isu kurang latihan, isu rumah yang tidak tersusun , isu kesihatan, dan termasuk juga isu pengedaran dadah, isu kebersihan, isu pengabaian kanak-kanak dan lain-lain lagi.. Saya telah memberi jaminan akan membantu pihak AADK untuk melaksanakan dan menyelaraskan program ini bersama-sama jabatan lainnya...




Kunjunga Hormat Angkatan Pertahanan
Awam Daerah Kota Setar Kapt (P)
Mohd Zain Bahrum
Kunjungan Hormat Ketua Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kota Setar .


Terima kasih kerana sudi berkunjung ke PDKS.. APM sentiasa bersama dengan PDKS dalam kebanyakan aktiviti melibatkan bencana alam dan bencana lainnya. Disamping kerja-kerja khidmat social juga selalu dilaksanakan oleh APM di daerah Kota Setar ini. .. Insya Allah dipihak PDKS saya sentiasa akan memberikan kerjasama yang terbaik kepada APM dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Kerjasama yang diberikan oleh APM sebelum ini adalah terbaik.














Kunjungan hormat Pengarah Perangkaan Negeri Kedah

Kunjungan Hormat Pengarah Perangkaan Negara
Negeri Kedah Pn. Suzana bt. Abu Bakar dan
Tn Hj Shahbani 

Tahun ini Jabatan Perangkaan akan mengadakan Banci Penduduk. Saya sebagai Pegawai Daerah Kota Setar turut dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Banci yang akan memastikan fakta bancian yang diperolehi disahkan kebetulannya. Berat juga tugas ini. Walau bagaimanapun tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ini  akan cuba digalas dengan sebaik mungkin bersama-sama dengan anak-anak buah yang juga ada terlibat dalam bancian penduduk dan perumahan ini. Puan Pengarah Perangkaan telah memberi maklumat-maklumat terkini tentang proses bancian penduduk ini dan peranan yang perlu dimainkan oleh Pegawai Daerah Kota Setar serta Penguasa-Penguasa Banci , Penyelia dan Pembanci.. Banyak kerja nak kena buat selepas ini.. terutama dari segi mendapatkan penyelia banci dan pembanci. Bagitu juga pengaturan kursus-kursus yang perlu diberi kepada Penguasa, Penyelia dan Pembanci.. Harap-harap jangan ada pilihanraya pula pada waktu bancian ini diadakan.. Tak menang tangan jawabnya anggota kerjaPejabat Daerah Kota Setar.



Kunjungan Hormat Jabatan Perpaduan Daerah
Kota Setar/Pdg Terap/Pokok Sena diketuai oleh
en Mohamed Zaizulman b. Zainal Abidin serta 
Mohd Sobri Hamid (Pak Teh)
Ku Aziz

Kunjungan Hormat Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar/Padang Terap/Pokok Sena

Sebagai sebuah Negara berbilang bangsa dan kaum,  keharmonian kaum amat dititikberat dinegara Malaysia tercinta ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar dan rombongannya melawat Pejabat Daerah Kota Setar.. Banyak aktiviti yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Perpaduan Daerah di Kota Setar ini. Saya telah bersetuju untuk mempengerusikan beberapa Jawatankuasa yang dibentok oleh Jabatan untuk memudahkan penyelarasan pelaksaanaan program di Kota Setar ini. Jawatankuasa Perpaduan Daerah Kota Setar (JKTPD) akan ditubuhkan  dalam tempoh terdekat ini dengan saya sebagai Pengerusinya.


Kunjungan mesra Pn Aldrina@Mimi Pengarah SPR
Kedah bersama anggota pegawai kanannya.

Kunjungan Pengarah SPR Negeri Kedah.

Selalunya bila kunjungan orang SPR terasa macam dekat-dekat nak ada pilihanraya pula ni.. Biasalah tu.. Pegawai Daerah memang tidak asing dengan SPR kerana bila ada pilihanraya DO akan dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihanraya.. dan juga pegawai-pegawai lain juga terlibat.. Sepanjang kerjaya saya sudah 6 kali pilihanraya saya menjadi Penolong Pengurus Pilihanraya. dan sekali terlibat dengan Pilihanraya Kecil Anak Bukit.

 Antara SPR dan Pejabat Daerah memang saling bekerjasama.. Elok sangatlah kita bersedia dari sekarang mengator persiapan-persiapan untuk Pilihanraya Umum.. Kalau-kalau diumum pilihanraya umum dalam tempoh terdekat, kelam kabut kita dibuatnya.. Apa-apapun saya berharap pilihanraya umum ini biarlah sampai masanya nanti baru dibuat, bukan dibuat dalam tempoh terdekat ini yang tidak cukup penggal lagi.. Terima  kasih pada Puan Pengarah yang sudi berkunjung ke Pejabat Daerah Kota Setar ini.



Kunjungan Mesra Pen. Pengarah Majlis Keselamatan Negeri Kedah.

Isu2 keselamatan menjadi topik hangat sejak kebelakangan ini.. Saya melihat peranan MKN tidak lagi fokus semata2  kepada isu politik .. terutama aktiviti gerak saraf yg berusaha menarik sokongan kepada kerajaan yang memerentah. Ianya patut lebih jauh merangkumi segala aspek seperti perpaduan kaum, isu perkauman, isu persengketaan ugama, isu gejala sosial, isu pati, isu jenayah lain dan segala macam isu yg boleh menjejaskan keselamatan awam dan negara.. Segala gerak kerja perlu direncanakan kearah memastikan negara berada dalam keselamatan yang terjamin..

Sebarang isu2 dan masalah keselamatan yg timbul perlu dicari puncanya dan diselesaikan secepat mungkin.. agar tidak merebak.. Itu antara perbincangan saya dengan pegawai kanan dari MKN ini.. In Sya Allah.. Saya pastinya akan membantu dlm aktiviti2 mereka dengan sebaik mungkin dan menjadi penyampai maklumat utama jika ada apa2 isu keselamatan di daerah dan mukim..


AdKunjungan diketuai oleh en Nurul Hasri b. Abdullah Hashim Pen Pengarah MKN Negeri Kedah (PPKDKS) d caption


Kunjungan Pegawai Zakat Daerah Kota Setar


Kunjungan En. Muhammad Najib b Mohd Taib,
Pengerusi Belia 4B Malaysia Caw. Neg Kedah


Saturday 20 June 2020

Rezeki PKP : Tahniah Kepada Kontraktor Yang Berjaya

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 13 August 2020

Bilangan projek.. 00
Jumlah peruntukan.. RM










Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 09.06.2020

Assalamualaikum WBT.. Dan Selamat Pagi semua..


Pejabat Daerah Kota Setar mendapat penghargaan dari
YAB Menteri Besar Kedah dimana kerja cabutan undi
dibuat sendiri oleh beliau.
Saya mahu sambung cerita lagi hari ini.. tapi mau cerita apa ya.. Ya baru teringat pagi tadi saya mengikuti siaran langsung dari FB berkenaan Majlis Cabutan Undi Secara Online untuk Projek-Projek MARRIS dan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Kedah  yang diadakan di Pejabat Perbendaharaan Negeri Kedah. Saya cuma tonton melalui online sahaja.. Tak perlu pergi ke sana.

Yang berurusan disana hanya urusetia sahaja dan disaksikan oleh SPRM , Jabatan Integriti dan juga Audit Dalam. serta Persatuan Kontraktor.  Ini bagi memastikan adanya ketelusan dalam proses  pemilihan kontraktor yang layak.  Cabutan undi dimulakan oleh YAB Menteri Besar Kedah untuk projek-projek dibawah kendalian Pejabat Daerah Kota Setar .Semua Pejabat Daerah dan Jabatan Teknikal yang mempunyai projek seperti yang saya sebut tadi akan menggunakan kaedah ini dan dibuat berperingkat-peringkat dengan cabutan seterusnya dibuat oleh Pegawai-Pegawai Daerah atau Ketua-Ketua Jabatan Teknikal.,

Proses seperti ini adalah julung-julung kalinya diadakan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Kontraktor yang layak akan mendaftarkan syarikatnya melalui online juga untuk mengambil bahagian dalam cabutan undi. Dan mereka ini tidak perlu pergi ke tempat cabutan undi tersebut memadai dengan hanya melihat melalui online menggunakan link alamat yang ditetapkan. Bagus juga bila ada PKP ini dan orang awam tidak boleh berkumpul ramai-ramai menyebabkan tercetus idea untuk menggunakan proses undi seperti ini.. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri terutama Pejabat Perbendaharaan Negeri dan Bahagian Teknologi Maklumat Negeri Kedah yang menyediakan forum ini untuk kerja-kerja undi online.


Pejabat Daerah Kota Setar diwakili oleh Pn Sharhida Nazuha
KPPDK(PT) . Saya tidak berkesempatan hadhir atas urusan
yang tidak dapat dielakkan
PKP juga telah membolehkan anggota kakitangan kerajaan sudah mula membiasakan diri penggunaan ict dengan lebih menyeluruh dan boleh mula bermesyuarat menggunakan aplikasi webez, zoom, whatsapp dan lain-lain, tanpa lagi bertemu muka.. hanya duduk ditempat masing-masing dan mesyuarat boleh dimulakan dan boleh dibincang dengan wajah-wajah ahli dapat dipaparkan dalam screen komputer atau HP..  Senangkan begitu ..  Cuma satu sahaja yang tidak dibenarkan buat mesyuarat ialah  Mesyuarat Tender/Sebutharga

Sudah tentu anak-anak buah saya yang terlibat secara langsung dalam membuat persiapan ini dari awal hingga selesai patut diberi penghargaan sewajarnya, kerana penyelarasan yang dibuat bersama dengan jabatan teknikal lain telah membolehkan proses-proses yang berlaku berjalan dengan lancar. Cumanya saya berharap penyelarasan yang lebih baik antara Pejabat Kewangan Negeri, Bahagian Teknologi Maklumat Negeri dan pemilik projek perlu dipertingkatkan untuk mengelakkan beberapa masalah kecil dapat diperbaiki. Maklumlah ini kali pertama proses cabut undi online seperti ini diadakan.

Untuk Daerah Kota Setar sahaja jumlah keseluruhan pojek ialah 95 Projek yang melibat perbelanjaan berjumlah RM5,326,500.00.  Jumlah pendaftara kontraktor di Kota Setar  ialah sebanyak 360 syarikat manakala yang memohon memasuki sistem cabutan ini ialah 346 syarikat...  Walaubagaimanapun setelah semakan dan tapisan yang dibuat, hanyak 207 syarikat sahaja yang layak untuk proses cabut undi online ini... Sudah tentu ada sebab musababnya kenapa adanya kontraktor yang terpaksa ditolak dari memasuki proses cabutan undi..

Ini yang sebenarnya yang saya nak cerita dan mungkin juga sebagai panduan kepada kontraktor agar perkara yang sama tidak berulang lagi kalau  hendak masuk sebutharga akan datang. Semasa di LADA saya juga menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perolehan Sebut Harga samada bekalan atau projek. Berjuta RM nilai projek yang sudah ditawarkan dan saya menjumpai bermacam-macam isu dan masalah berkaitan dengan kontraktor..  Namun begitu bukan semua kontraktor begitu , ada juga yang memang genuine sebagai kontraktor yang melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan baik dan sempurna dan tidak banyak menimbulkan karenah dan masalah dengan pemilik projek.

Satu hal yang menjadi kehairanan kepada saya ialah sikap setengah-setengah kontraktor yang tidak begitu mengambil berat akan dokumen sebutharga atau tender yang dimasukkan..  Kadang-kadang itu saya lihat harga yang dimasuki itu memang amat elok sangat dah dan boleh pilih sangat-sangat. Tapi bila dibuat penilaian kewangan dan teknikal tidak lepas.. Contoh yang paling mudah ialah apabila syarat modal yang ada.. katakan sekurang-kurang 2 peratus dari nilai projek.. Tapi kontraktor ada yang masih kemukakan dokumen penyata bank yang menunjukkan nilai kurang dari 2%..  Kadang-kadang hantar penyata bank ada  RM100.0 sahaja.. Untuk apa hantar penyata itu.. Kita bukan nak tengok no akaun bank, kita nak tengok berapa modal yang ada..  Dalam taklimat-taklimat yang diberikan kontraktor semasa lawatan tapak dan datang ambil borang, selalu diperingatkan begitu.. tapi masih hantar juga yang kurang dan sudah tentu, sebutharga yang dimasuki itu akan ditolak...  walau harganya amat baik sekali. Apa tujuan mereka masuk sebutharga itu , saya pun tak tau..

Begitu juga dokumen-dokumen sokongan yang wajib disertakan , banyak juga yang tidak kemukakan, dan ini menyukarkan jawatankuasa penilaian untuk membuat penilaian dan syor kepada pihak Jawatankuasa Sebutharga. Kadang-kadang tu terjumpa perkiraan yang silap..  Silap kira hingga merugikan syarikat kalau buat juga. Begitu juga dengan jumlah yang dikira tidak betul, bila dijumlahkan semua tidak sama dengan jumlah yang ditulis oleh kontraktor.. Inipun kita terpaksa tolak juga.. Kita tidak boleh sewenangnya memperbetulkan balik setelah sebut harga itu dibuka dan direkodkan.. Tidak ada integriti begitu. Lebih terok lagi kerap sangat saya jumpa, tanda tangan pun tidak ada... Kalau macam ini, apa nak kata. Masuk sebutharga macam tidak bersungguh-sungguh dan lepas itu dok mengharap projek jatuh ke riba.

Kadang-kadang  sudah tahu lesen sudah tamat, pun masih juga menghantar permohonan..  Apa tujuan dimasukkan juga saya tidak tahu.. Begitu juga kelayakan kontraktor yangg tidak berkaitan.. Kalau kita terlepas pandangpun dan berjaya , nanti bila nak buat pembayaran pasti akan ada masalah dengan audit dan sebagainya..

Untuk kes pendaftaran cabut undi online yang saya cerita tadi, 39 kontraktor terpaksa ditolak atas alasan- alasan seperti, Sijil Kontraktor telah tamat dan tiada bukti pembaharuan sijil, ada alamat CIDB yang diluar daerah Kota Setar, ada syarikat yang telah dinaikkan grednya , tidak berdaftar dengan kerajaan negeri, syarikat dikenakan tindakan tatertib, dokumen-dokumen wajib yag tidak disertakan dan sebagainya.. Kebanyakan masalah-masalah ini semua saya rasa memang diketahui oleh kontraktor sendiri., tak kan mereka tidak tahu status syarikat mereka .. tapi masih juga nak masuk permohonan ... Kalau berjayapun masa cabutan tersebut, kita masih tidak boleh tawarkan  projek tersebut selagi segala keperluan wajib tidak dikemukakan.

So.. begitu lah kira-kiranya ..  kalau nak cerita panjang lagi ni.. Itu saya tidak cerita lagi bila sudah dapat projek macam-macam masalah pula timbul bila laksanakan projek seperti tidak disiapkan ikut masa yang dijanjikan/tawarkan, serah balik projek kerana tidak ada pekerja, buat kerja tidak ikut spesifikasi, buat projek dalam keadaan rugi, tinggal macam itu sahaja, serah terus kepada orang lain buat dan segala macam lagi.  Nanti kalau saya ada kesempatan saya akan tulis cerita-cerita berkenaan itu. Apa yang saya tulis ini berasaskan fakta sepanjang berpuluh tahun menguruskan pelaksanaan projek-projek kerajaan. Namun seperti yang saya katakan sebelum ini bukan semua begitu, hanya segelintir sahaja yang macam itu dan mereka ini kalau masih macam itu, tak kemanalah rasanya..  Mengharapkan projek tapi tak berusaha menyediakan dokumen yang lengkap seperti mana yang dikehendaki..

Berbalik kepada pemilihan kontraktor atau pembekal melalui proses cabut undi projek, saya ada sedikit pandangan berkenaan ini. Dari satu segi  ianya memang amat telus dan tidak ada ruang untuk disalahgunakan bagi kepentingan peribadi.. Melalui cara undi ianya lebih adil dan memuaskan semua pihak. Begitu juga harga yang ditawarkan pastinya memuaskan kontraktor yang berjaya.. Saya rasa semua kontraktor akan berpuas hati cara ini.

Kerja-kerja cabut undi pada saya sesuai untuk kerja-kerja yang tidak terlalu teknikal dan rumit seperti penyelenggaraan jalan dan penyelenggaraan projek-projek kecil. Walau bagaimanapun untuk yang agak teknikal dan perlukan kemahiran tertentu, ianya perlu dibuat pemilihan oleh Jawatankuasa juga untuk mendapatkan kontraktor yang berkemampuan  dan mempunyai pengalaman.  Penilaian perlu dibuat terhadap kontraktor yang dirasakan berkemampuan berdasarkan kepada pengalaman dalam kerja-kerja tertentu.  Kalau kita silap memilih kontraktor , pada akhirnya projek yang dilaksanakan akan menghadapi masalah dari segi mutu dan tempoh masa.. Ini yang sering berlaku..  Kalau dibuat pemilihan secara cabut undi, ikut nasib lah.. kalau dapat kontraktor yang ok , tidak mengapalah juga. Kalau dapat kepada kontraktor yang tidak berprestasi, maka masalahlah nanti projek tersebut. Dalam rekod jabatan juga kita ada buat penarafan kontraktor- kontraktor mana bagus, yang cemerlang dan juga kontraktor yang bermasalah berasaskan kepada kerja-kerja yang dibuat sebelum ini.


Oklah panjang pula cerita saya berkenaan kontraktor .. Saya ucapkan tahniah kepada kontraktor yang telah berjaya dalam cabutan undi tersebut dan amat mengharapkan mereka melaksanakan projek tersebut dengan sebaik mungkin mengikut spesifikasi dan BQ yang telah ditetapkan.. Projek secara cabut undi ini selalunya harganya agak tinggi jika dibuat secara sebutharga.. Kalau secara sebutharga, harga yang ditawarkan akan bersaing antara kontraktor yang masuk sebutharga  berbanding dengan kaedah cabut undi ini.. Ini rezeki kepada kontraktor diketika banyak aktiviti ekonomi yang terjejas terok disebabkan adanya PKP ini.. .

Saya akan buat pemantauan secara langsung akan pelaksanaan projek-projek tersebut dan akan ada penilaian saya tersendiri akan kerja buat kontraktor-kontraktor tersebut. Kalau ada masalah pelaksanaan oleh kontraktor akibat kelemahan-kelemahan sendiri, faham-faham lah untuk projek yang akan datang.. Terima kasih.






Friday 19 June 2020

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 18 Jun 2020

Seminggu dua ini saya dikejutkan dengan beberapa musibah yang melanda beberapa orang penduduk daerah Kota Setar. Musibah yang saya maksudkan itu ialah rumah rosak akibat ribut kuat dan juga kebakaran.

Tiada siapa mahu musibah seperti itu, tapi apakan daya semua yang berlaku itu adalah kehendak Allah SWT jua.. Tiada siapa yang boleh menghalangnya..  Allah SWT sedang menguji hambanya.. Satunya ujian Allah kepada mangsa itu sendiri dan satu lagi ujian Allah SWT kepada hambanya yang tahu musibah yang menimpa mereka
itu.. Saya amat bersimpati dengan ujian berat yang diterima oleh mangsa.. sekadar yang termampu jabatan berusaha membantu dengan mencari peruntukan dari sumbangan-sumbangan  dan juga melalui jabatan-jabatan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Zakat Negeri Kedah. Alhamdulillah saya telah mendapat kerjasama yang amat baik dari kedua-dua jabatan tersebut.. Di peringkat Pejabat Daerah Kota Setar , kita berusaha mencari dana-dana sekadar kemampuan untuk membantu mangsa-mangsa..  Dalam hal-hal seperti ini, Pejabat Daerah Kota Setar tidak mempunyai peruntukan yang disediakan. Alangkah bagusnya jika Pegawai Daerah diberikan sejumlah dana yang tetap setiap bulan untuk tujuan-tujuan seperti itu.. Setiap bulan ada sahaja musibah yang melanda di daerah Kota Setar... Takkan Pegawai Daerah hendak melawat sahaja kut.. tanpa menghulur sumbangan apa-apa..

Seperti yang saya sebutkan tadi musibah yang berlaku yang diturunkan oleh Allah SWT adalah memberi ujian juga kepada hambanya yang tidak kena apa-apa musibah tapi mengetahui akan musibah berlaku kepada mangsa tersebut. Macam kita ini.  Berat juga ujian ini... Sejauh mana kita boleh bersimpati dengan mangsa terlibat.. Apakah hanya sekadar tengok dan lihat dan menyebut kesian dan simpati begitu sahaja sedangkan pada masa yang sama kita senang lenang sahaja... tidak ada susah apa-apa... Atau adakah bila tahu sahaja kejadian musibah itu terus berusaha untuk membantu samada menghulurkan bantuan wang ringgit atau apa-apa sahaja yang berguna kepada mangsa..  Allah  SWT hendak menguji kita juga sebenarnya. Allah SWT hendak melihat sejauh mana sayangnya kita pada harta benda dan wang ringgit kita hingga tidak terasa sikitpun untuk bantu sahabat yang ditimpa musibah.. Sanggupkah kita bersedekah kepada mangsa yang ditimpa musibah yang kadang-kadang sampai tinggal sehelai sepinggang.. Tidak ada apa yang tinggal bila rumah terbakar..


Bila saya melawat tengok keadaan rumah terbakar , dan rumah dilanda ribut, terasa tergenang air mata bila melihat akan kesusahan dan penderitaan yang mereka alami.. mereka sudah tenggelam punca dan tak tau apa nak buat.. tapi masih boleh tersenyum dan berbicara dengan saya bila saya tanya segala macam.. Kita yang kereta tercalar sikit  dan pecah lampu sikit pun sudah terasa terok sangat dah... Hilang kad segala macam itu pun dah tak keruan jadinya..  Inikan pula hilang segalanya..

Sebab itu marilah kita sama-sama menghulurkan apa-apa sahaja sumbangan ikut kemampuan kita kepada sesiapa sahaja yang menerima musibah yang segala macam itu.. Sekurang-kurangnya dengan sumbangan  kita yang tidak sebeberapa itu akan dapat mengurangkan beban dan penderitaan yang dihadapi oleh mereka sekeluarga... Tidak akan jatuh miskinpun kalau kita bersedekah.. Hari ini hari mereka mungkin satu hari kita pula yang akan menerima ujian Allah SWT yang amat berat itu.. Mana tahu sekurang-kurangnya dengan sumbangan kita itu akan dapat menghalang apa-apa musibah dari menghampiri diri  dan keluarga kita....

Saya juga memohon pada sesiapa sahaja yang membaca  catatan blog saya ini agar dapat bersama-sama saya untuk melaksanakan kerja-kerja amal seperti ini, dengan memberi sumbangan samada wang ringgit atau harta benda yang lain... Sumbangan boleh dibuat terus kepada Pejabat Daerah Kota Setar .. In Sya Allah segala sumbangan sedekah itu akan disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan akibat bencana yang menimpa... Sedih dan kesian teramat sangat tengok mereka yang kehilangan segalanya. Tentunya akan mengambil masa untuk mereka pulih seperti sediakala.. Kalau ikut maklumat yang saya dapat , kebanyakan  mereka bukan dari kalangan orang yang senang.

Gambar dibawah ini adalah sewaktu rombongan dari Pejabat Daerah Kota  Setar , Puspanita Daerah Kota Setar , Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Zakat Negeri Kedah melawat dan menyampaikan sumbangan kepada En Amir dan En Ismail di Kg Telok Chengai, yang  mana rumah mereka telah terbakar  dan musnah .  Seorang lagi mangsa kebakaran ialah di Kg Hutan Kampong.















Gambar dibawah ini ialah lawatan Pegawai Daerah Kota Setar bersama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat  Kota Setar dan Pejabat Zakat Negeri Kedah  ke rumah-rumah mangsa ribut di sekitar Kg Geriang, Kampung Kubang Jambu dan Kampung Keloncor, Mk Kubang Rotan.. Turut sama ialah Penghulu Mukim Kubang Rotan en. Norhaffizz.. Kejadian ribut ini berlaku pada 31 Mei 2020 yang mana sebanyak 8 buah rumah telah terlibat dan rosak terok..  Sedikit sumbangan kutipan dari pelbagai pihak telah dapat disumbangkan kepada mangsa-mangsa tersebut..













Wednesday 10 June 2020

Denggi Ooh Denggi

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 18 Jun 2020

Wabak Denggi di Kg Bukit Teriak, Mukim Telaga Mas.. Ini yang terkini berlaku selepas Pejabat Kesihatan Kota Setar berjaya memutuskan rantaian penyebaran deman denggi di Gunung Keriang.. Kalau dilihat dari segi keadaan fizikal Kg Bukit Teriak ini  , ianya masih juga berkaitan dengan kebersihan.. Penduduk disini kurang mengamalkan cara hidup yang mementingkan kebersihan dan sampah banyak dibuang ikut suka sahaja.. Ini membolehkan ada tempat-tempat yang boleh menyebabkan air bertakung dan menjemput pembiakan nyamok.. Kemungkinan besar juga ianya berpunca dari kebun-kebun getah yang banyak disekitar kampong ini dimana takong getah dipokok getah menakong air hujan dan menyebabkan nyamok mudah bertelor disitu. Apakah lagi sewaktu PKP ramai yang tidak turun menoreh dan dibiarkan cawan getah t ersebut terbuka begitu sahaja...

Semasa mesyuarat diadakan bersama semua jabatan yang berkaitan serta ketua-ketua komuniti terlibat, dimaklumkan terdapat 7 kes positif denggi. 

Operasi  pembersihan secara gotong royong akan segera diadakan di kampong tersebut bagi mengekang penularan wabak denggi tersebut...

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2639454292950342&id=1377258102503307.. 





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Assalaam... ketemu lagi ya dalam celoteh saya kali ini.. Catatan ini tidaklah menarik untuk dibaca sangat, sekadar cerita-cerita tentang hal-hal yang kadang-kadang orang tidak suka dengar dan baca.. tapi saya tulis juga la untuk rekod saya dan jabatan saya...

Minggu lepas saya baru mempengerusikan satu mesyuarat berkaitan Kes Wabak Denggi yang melanda Daerah Kota Setar. Kota Setar kerap juga berlaku penyebarana wabak denggi ini .. Kali ini wabak ini berpusat di Gunung Keriang pula.

Pada mesyuarat penyelarasan pembasmian wabak denggi khusus di Gunung Keriang ini, angka terkini dilaporkan melibatkan 13 orang penduduk di Gunung Keriang telah dijangkiti oleh Demam Denggi.. Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Jika wabak ini tidak dapat dikawal ia boleh merebak dengan cepat dalam komuniti tempatan dan komuniti sekitarnya.

Kerana itu saya tidak bertangguh lagi untuk mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi tujuan menghalang penularan deman denggi ini dengan segera.. Sudah tentu punca utama penyebaran deman denggi adalah datangnya dari nyamuk aedes yang amat berminat dengan kawasan-kawasana takongan air yang  tidak bergerak ini.. Sebenarnya semasa saya di MBAS dulupun kerap saya aturkan program kebersihan dan gotong royong kat Gunung Keriang ini, tapi yang ramai orang luar sahaja bergotong royong..  Catatan aktiviti itu seperti dibawah ini:

https://semangatjatimbas.blogspot.com/2013/02/malaysia-ku-indahbandaraya-alor-setar.html

Sebelum mesyuarat ini diadakan pun pihak Jabatan Kesihatan Daerah dan Negeri Kedah serta beberapa jabatan lain  seperti MBAS, SWCorp  dll telah pun mengambil tindakan proaktif masuk ke kawasan Gunung Keriang untuk kerja-kerja pembersihan, pemusanahan, dan pendidikan sebaik sahaja ia dikenalpasti ada orang menghidap demam denggi. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan. Dalam kesibokan  memerangi penularan wabak Covid-19, yang inipun mereka terpaksa berikan perhatian yang lebih juga. Berganda-ganda kerja yang terpaksa mereka buat..

Saya boleh menjangkakan apakah puncanya sesuatu tempat itu boleh membiak begitu banyak nyamok.. Sudah tentu aspek kebersihan yang diabaikan.. Dari taklimat yang diberikan oleh pihak Jabatan Kesihatan Daerah jelas menunjukan sebahagian besar kawasan diperkampongan Gunung Keriang ini kebersihannya amat mendukacitakan.. Terlalu banyak tempat-tempat yang menjadi pembiakan nyamok aedes yang amat merbahaya itu. Rasanya kalau hendak dibiarkan Jabatan Kesihatan, MBAS dan jabatan-jabatan lain sahaja yang berusaha membersihkan kawasan tersebut tidak akan berjaya.. Ianya memerlukan kerjasama dari semua warga komuniti kawasan tersebut. Saya juga dimaklumkan, sukar untuk mendapatkan kerjasama semua  penduduk disitu untuk melaksanakana kerja-kerja pembersihan dan pemusnahan nyamok denggi.. Jika keadaan ini berterusan usaha untuk menghentikan terus penyebaran deman denggi ini tidak akan berjaya. Mungkin pendekatan awal itu agak kurang tepat terutama dalam menggerakkan komuniti tempatan untuk turun padang membersihkan persekitaran tempat tinggal mereka... Tapi mesyuarat kali saya menjemput pihak Jawatakuasa Masjid disitu pula untuk menggerakkan penduduk kampong bergotong royong membuang apa2 sahaja bahan yang boleh membiakkan nyamok aedes..

Sebenarnya itu yang  saya nak cerita dalam artikel ini.. berkenaan kebersihan dan tanggungjawab ahli komuniti. Saya amat teruja jika isu-isu kebersihan dipaparkan.. sebab itu ada beberapa artikel saya dalam blog menceritakan tentang gotong royong, kebersihan, cerita fasal lanskap, fasal kemalasan mengemas, fasal orang miskin, fasal kepedulian masyarakat dan seumpamanyaa . Semuanya itu berkaitan dengan kebersihan..

https://semangatjatimbas.blogspot.com/search?q=kebersihan

Berbalik isu nyamok aedes di Gunung Keriang ini, dengan cara pengurusan sampah mereka yang tidak terator dengan ada sebahagiannya hanya membuang sampah dan bekas-bekas makanan disekitar kawasan-kawasan semak sahaja sudah tentu mengundang banyak nyamok membiak. Saya dapat melihat sendiri sejak dahulu semasa saya bertugas sebagai Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar. Sebenarnya penduduk tidak boleh menyalahkan pihak luar  disebabkan semua itu.. Sepatutnya komuniti itu sendiri hendaklah bekerjasama sesama mereka dalam mengatasi masalah tersebut.. Tanpa penglibatan seluruh komuniti kampong tersebut saya rasa sukar untuk mencari jalan penyelesaian.  Saya dimaklumkan ada setengah ahli rumah membuang sampah begitu sahaja disekeliling rumah terutama tin, botol dan bekas-bekas makanan yang boleh menakong air.. Kawasan semak juga terlalu banyak diperkampongan ini yang juga mengundang air bertakong dan sudah tentu menggalakkan nyamok berminat untuk bertelor.


Terdapat juga rumah-rumah persendirian yang terbiar  yang tidak boleh dimasuki untuk kerja pembersihan  dan pemusnahan. Pihak jabatan  juga menghadapi masalah dengan  penduduk yang tidak membenarkan pasukan pembasmian nyamok untuk membuang benda-benda yang boleh menggalakkan nyamok membiak .

Semasa peringkat awal kemasukan team pembersihan dan pembasmian kawasan takongan air , agak kurang mendapat sambutan. Malahan  semasa pihak Jabatan Kesihatan membuat kerja-kerja penyemburan asap, masih ada kedapatan penduduk yang bermain sepak raga bulatan, tanpa menghiraukan kerja-kerja pembasmian yang dilaksanakan dikampong mereka. Memang tak kisah langsung..  Alangkah bagusnya kalau mereka tukarkan dari bermain sepakraga bulatan kepada cuci kawasan. Sepatutnya mereka membantu lagi membersihkan sekitar rumah mereka. Dalam keadaan nyamok aedes yang masih berkeliaran disekitar kampong mereka, masih lagi mereka merisikokan diri mereka untuk digigit oleh nyamok aedes ini.. Seolah-olah kempen yang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan, masuk telinga kiri keluar telinga kanan.. Ini soal hidup dan mati.. berapa ramai orang mengidap demam denggi telah meninggal dunia kerananya. Itupun masih tidak menyedarkan mereka.

Sikap-sikap seperti inilah yang menyukarkan kerajaan untuk membasmi penyakit ini sepenuhnya. Saya rasa gerakan-gerakan kearah program kesedaran mengutamakan kebersihan perlu ditingkatkan dimedia-media sosial dan juga media-media kerajaan.. Ianya kena selalu dipaparkan dalam media-media.. Sekarang ini saya nampak kurang kesungguhan untuk memaparkan apa-apa sahaja yang berkaitan menjaga kebersihan.. Di peringkat daerah kota setar , saya akan cuba untuk membantu diruanglingkup saya sebagai Pegawai Daerah sekadar yang termampu kerana institusi ini tidak ada peruntukan khusus untuk usaha-usaha seperti itu/

https://semangatjatimbas.blogspot.com/2013/08/semua-warga-bandaraya-alor-setar-ada.html

https://semangatjatiptks.blogspot.com/2011/10/bersihkah-kita.html

https://semangatjatiptks.blogspot.com/2012/03/orang-islam-wajib-menjaga-kebersihan.html

Alhamdulillah hasil dari mesyuarat penyelarasan yang diadakan itu telah nampak kesungguhan komuniti tempatan untuk turun ke padang lebih ramai lagi bagi kerja-kerja pembersihan, pemusnahan  dan sebagainya yang berkaitan bersama dengan Jabatan Kesihatan, MBAS, SW Corp, E Idaman, Penghulu Mukim, Jawatan Kuasa Masjid Gunung Keriang dan lain-lain lagi.

Semoga dengan usaha-usaha semua pihak itu akan menghapuskan wabak denggi dikawasan Gunung Keriang dan sekitarnya... dan berharap ianya tidak berulang lagi di situ atau dimana-mana sahaja.. Cara yang terbaik ialah musnahkan segala tempat yang boleh membiakan nyamok aedes dan menjaga kebersihan persekitaran masing-masing..

Terima kasih


Fakta: Dari Bulan Januari 2020 hingga 15 Jun 2020 terdapat 50,511 kes deman denggi dan melibatkan kematian seramai 88 orang
Tema Sambutan Hari Denggi Asean Pkt Kebangsaan ialah  "10 Minit Hapuskan Aedes" 




Ini yang saya katakan tidak ada kesedaran langsung tentang
bahayanya wabak Denggi ini.. Mereka juga tidak ada
usaha untuk bersama jabatan yang bertungkus lumus
untuk memutuskan rangkaian wabak denggi tersebut



Setelah mengadakan mesyuarat dengan memanggil
pemimpin tempatan, bilangan yang turun ke padang
kembali meningkat dengan mengadakan gotong
royong pembersihan dan pemusnahan yang dipantau
MBAS, Jabatan Kesihatan dan lain2 habatan

Mesyuarat Jawatankuasa Wabak Denggi Daerah Kota Setar
yang diadakan pada 02  Jun 2020 di Pej.Daerah Kota Setar

Pembentangan taklimat oleh Pejabat Kesihatan Daerah
berkenaan status wabak denggi di Gunung Keriang.



Budi di kenang Jua .

Catatan: Mohd Asri Redha Assalaamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Ketemu lagi dalam catatan2 penghujung kerjaya saya sebagai Pegawai Tadbir...