Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 18 Jun 2020
Wabak Denggi di Kg Bukit Teriak, Mukim Telaga Mas.. Ini yang terkini berlaku selepas Pejabat Kesihatan Kota Setar berjaya memutuskan rantaian penyebaran deman denggi di Gunung Keriang.. Kalau dilihat dari segi keadaan fizikal Kg Bukit Teriak ini , ianya masih juga berkaitan dengan kebersihan.. Penduduk disini kurang mengamalkan cara hidup yang mementingkan kebersihan dan sampah banyak dibuang ikut suka sahaja.. Ini membolehkan ada tempat-tempat yang boleh menyebabkan air bertakung dan menjemput pembiakan nyamok.. Kemungkinan besar juga ianya berpunca dari kebun-kebun getah yang banyak disekitar kampong ini dimana takong getah dipokok getah menakong air hujan dan menyebabkan nyamok mudah bertelor disitu. Apakah lagi sewaktu PKP ramai yang tidak turun menoreh dan dibiarkan cawan getah t ersebut terbuka begitu sahaja...
Semasa mesyuarat diadakan bersama semua jabatan yang berkaitan serta ketua-ketua komuniti terlibat, dimaklumkan terdapat 7 kes positif denggi.
Operasi pembersihan secara gotong royong akan segera diadakan di kampong tersebut bagi mengekang penularan wabak denggi tersebut...
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2639454292950342&id=1377258102503307..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalaam... ketemu lagi ya dalam celoteh saya kali ini.. Catatan ini tidaklah menarik untuk dibaca sangat, sekadar cerita-cerita tentang hal-hal yang kadang-kadang orang tidak suka dengar dan baca.. tapi saya tulis juga la untuk rekod saya dan jabatan saya...
Minggu lepas saya baru mempengerusikan satu mesyuarat berkaitan Kes Wabak Denggi yang melanda Daerah Kota Setar. Kota Setar kerap juga berlaku penyebarana wabak denggi ini .. Kali ini wabak ini berpusat di Gunung Keriang pula.
Pada mesyuarat penyelarasan pembasmian wabak denggi khusus di Gunung Keriang ini, angka terkini dilaporkan melibatkan 13 orang penduduk di Gunung Keriang telah dijangkiti oleh Demam Denggi.. Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Jika wabak ini tidak dapat dikawal ia boleh merebak dengan cepat dalam komuniti tempatan dan komuniti sekitarnya.
Kerana itu saya tidak bertangguh lagi untuk mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi tujuan menghalang penularan deman denggi ini dengan segera.. Sudah tentu punca utama penyebaran deman denggi adalah datangnya dari nyamuk aedes yang amat berminat dengan kawasan-kawasana takongan air yang tidak bergerak ini.. Sebenarnya semasa saya di MBAS dulupun kerap saya aturkan program kebersihan dan gotong royong kat Gunung Keriang ini, tapi yang ramai orang luar sahaja bergotong royong.. Catatan aktiviti itu seperti dibawah ini:
https://semangatjatimbas.blogspot.com/2013/02/malaysia-ku-indahbandaraya-alor-setar.html
Sebelum mesyuarat ini diadakan pun pihak Jabatan Kesihatan Daerah dan Negeri Kedah serta beberapa jabatan lain seperti MBAS, SWCorp dll telah pun mengambil tindakan proaktif masuk ke kawasan Gunung Keriang untuk kerja-kerja pembersihan, pemusanahan, dan pendidikan sebaik sahaja ia dikenalpasti ada orang menghidap demam denggi. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan. Dalam kesibokan memerangi penularan wabak Covid-19, yang inipun mereka terpaksa berikan perhatian yang lebih juga. Berganda-ganda kerja yang terpaksa mereka buat..
Saya boleh menjangkakan apakah puncanya sesuatu tempat itu boleh membiak begitu banyak nyamok.. Sudah tentu aspek kebersihan yang diabaikan.. Dari taklimat yang diberikan oleh pihak Jabatan Kesihatan Daerah jelas menunjukan sebahagian besar kawasan diperkampongan Gunung Keriang ini kebersihannya amat mendukacitakan.. Terlalu banyak tempat-tempat yang menjadi pembiakan nyamok aedes yang amat merbahaya itu. Rasanya kalau hendak dibiarkan Jabatan Kesihatan, MBAS dan jabatan-jabatan lain sahaja yang berusaha membersihkan kawasan tersebut tidak akan berjaya.. Ianya memerlukan kerjasama dari semua warga komuniti kawasan tersebut. Saya juga dimaklumkan, sukar untuk mendapatkan kerjasama semua penduduk disitu untuk melaksanakana kerja-kerja pembersihan dan pemusnahan nyamok denggi.. Jika keadaan ini berterusan usaha untuk menghentikan terus penyebaran deman denggi ini tidak akan berjaya. Mungkin pendekatan awal itu agak kurang tepat terutama dalam menggerakkan komuniti tempatan untuk turun padang membersihkan persekitaran tempat tinggal mereka... Tapi mesyuarat kali saya menjemput pihak Jawatakuasa Masjid disitu pula untuk menggerakkan penduduk kampong bergotong royong membuang apa2 sahaja bahan yang boleh membiakkan nyamok aedes..
Sebenarnya itu yang saya nak cerita dalam artikel ini.. berkenaan kebersihan dan tanggungjawab ahli komuniti. Saya amat teruja jika isu-isu kebersihan dipaparkan.. sebab itu ada beberapa artikel saya dalam blog menceritakan tentang gotong royong, kebersihan, cerita fasal lanskap, fasal kemalasan mengemas, fasal orang miskin, fasal kepedulian masyarakat dan seumpamanyaa . Semuanya itu berkaitan dengan kebersihan..
https://semangatjatimbas.blogspot.com/search?q=kebersihan
Berbalik isu nyamok aedes di Gunung Keriang ini, dengan cara pengurusan sampah mereka yang tidak terator dengan ada sebahagiannya hanya membuang sampah dan bekas-bekas makanan disekitar kawasan-kawasan semak sahaja sudah tentu mengundang banyak nyamok membiak. Saya dapat melihat sendiri sejak dahulu semasa saya bertugas sebagai Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar. Sebenarnya penduduk tidak boleh menyalahkan pihak luar disebabkan semua itu.. Sepatutnya komuniti itu sendiri hendaklah bekerjasama sesama mereka dalam mengatasi masalah tersebut.. Tanpa penglibatan seluruh komuniti kampong tersebut saya rasa sukar untuk mencari jalan penyelesaian. Saya dimaklumkan ada setengah ahli rumah membuang sampah begitu sahaja disekeliling rumah terutama tin, botol dan bekas-bekas makanan yang boleh menakong air.. Kawasan semak juga terlalu banyak diperkampongan ini yang juga mengundang air bertakong dan sudah tentu menggalakkan nyamok berminat untuk bertelor.
Terdapat juga rumah-rumah persendirian yang terbiar yang tidak boleh dimasuki untuk kerja pembersihan dan pemusnahan. Pihak jabatan juga menghadapi masalah dengan penduduk yang tidak membenarkan pasukan pembasmian nyamok untuk membuang benda-benda yang boleh menggalakkan nyamok membiak .
Semasa peringkat awal kemasukan team pembersihan dan pembasmian kawasan takongan air , agak kurang mendapat sambutan. Malahan semasa pihak Jabatan Kesihatan membuat kerja-kerja penyemburan asap, masih ada kedapatan penduduk yang bermain sepak raga bulatan, tanpa menghiraukan kerja-kerja pembasmian yang dilaksanakan dikampong mereka. Memang tak kisah langsung.. Alangkah bagusnya kalau mereka tukarkan dari bermain sepakraga bulatan kepada cuci kawasan. Sepatutnya mereka membantu lagi membersihkan sekitar rumah mereka. Dalam keadaan nyamok aedes yang masih berkeliaran disekitar kampong mereka, masih lagi mereka merisikokan diri mereka untuk digigit oleh nyamok aedes ini.. Seolah-olah kempen yang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan, masuk telinga kiri keluar telinga kanan.. Ini soal hidup dan mati.. berapa ramai orang mengidap demam denggi telah meninggal dunia kerananya. Itupun masih tidak menyedarkan mereka.
Sikap-sikap seperti inilah yang menyukarkan kerajaan untuk membasmi penyakit ini sepenuhnya. Saya rasa gerakan-gerakan kearah program kesedaran mengutamakan kebersihan perlu ditingkatkan dimedia-media sosial dan juga media-media kerajaan.. Ianya kena selalu dipaparkan dalam media-media.. Sekarang ini saya nampak kurang kesungguhan untuk memaparkan apa-apa sahaja yang berkaitan menjaga kebersihan.. Di peringkat daerah kota setar , saya akan cuba untuk membantu diruanglingkup saya sebagai Pegawai Daerah sekadar yang termampu kerana institusi ini tidak ada peruntukan khusus untuk usaha-usaha seperti itu/
https://semangatjatimbas.blogspot.com/2013/08/semua-warga-bandaraya-alor-setar-ada.html
https://semangatjatiptks.blogspot.com/2011/10/bersihkah-kita.html
https://semangatjatiptks.blogspot.com/2012/03/orang-islam-wajib-menjaga-kebersihan.html
Alhamdulillah hasil dari mesyuarat penyelarasan yang diadakan itu telah nampak kesungguhan komuniti tempatan untuk turun ke padang lebih ramai lagi bagi kerja-kerja pembersihan, pemusnahan dan sebagainya yang berkaitan bersama dengan Jabatan Kesihatan, MBAS, SW Corp, E Idaman, Penghulu Mukim, Jawatan Kuasa Masjid Gunung Keriang dan lain-lain lagi.
Semoga dengan usaha-usaha semua pihak itu akan menghapuskan wabak denggi dikawasan Gunung Keriang dan sekitarnya... dan berharap ianya tidak berulang lagi di situ atau dimana-mana sahaja.. Cara yang terbaik ialah musnahkan segala tempat yang boleh membiakan nyamok aedes dan menjaga kebersihan persekitaran masing-masing..
Terima kasih
Fakta: Dari Bulan Januari 2020 hingga 15 Jun 2020 terdapat 50,511 kes deman denggi dan melibatkan kematian seramai 88 orang
Tema Sambutan Hari Denggi Asean Pkt Kebangsaan ialah "10 Minit Hapuskan Aedes"

Mesyuarat Jawatankuasa Wabak Denggi Daerah Kota Setar yang diadakan pada 02 Jun 2020 di Pej.Daerah Kota Setar |
Pembentangan taklimat oleh Pejabat Kesihatan Daerah berkenaan status wabak denggi di Gunung Keriang. |
No comments:
Post a Comment