Showing posts with label bantuan orang susah. Show all posts
Showing posts with label bantuan orang susah. Show all posts

Saturday, 1 May 2021

RAMADHAN PENOH KEBERKATAN

 Catatan.. mohd asri redha


Petang tadi bersama komuniti JPKK Mk Telok Kechai/Telok  Chengai dan Masjid Al Huda Telok Kechai.. dengan aktiviti ziarah prihatin insan2 yg kurang berkemampuan dan memerlukan, tazkirah agama , penyerahan bakul makanan pada asnaf, berbuka puasa bersama komuniti dan sembahyang maghrib berjemaah.. Syukur dengan nikmat ygdiberikan  Allah SWT .. 


Saya juga mengambil  kesempatan dlm majlis ringkas ini mengingatkan ahli komuniti supaya mematuhi sepenohnya SOP Pencegahan COVID-19 ,  pentingnya pendaftaran suntikan vaksin dan tanggongjawab ahli komuniti menjaga kesejahteraan ahli yg kurang bernasib baik...


Kekerapan menziarahi insan2 yg kurang bernasib baik menimbulkan keinsafan yang amat mendalam pada diri ini bila melihat pelbagai masalah dan kesusahan yg dihadapi  oleh mereka... Saya merayu agar mereka yg berkemampuan tampil untuk membantu insan2 yg kurang bernasib baik ispt ini.. Ramai lagi dibawah sana yg amat berharap bantuan kita.. Apatah lagi dalam bulan Ramadhan AlMubarak ini...amat sesuai sekali untuk membuat apa2  sumbangan prihatin.. pahala berganda-ganda...


Jgn lupa bersedeqah mulai hari ini setiap hari... Malam lailatulqadar dah nak masuk ni.. 

Sekian saja celoteh saya kali ini.. 


#RezekiDikongsiBersama 

#marisuntikvaksin 

#kitajagakita 

#lailatulqadar













Saturday, 24 October 2020

Kayuhan Peduli 2



Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 24 Oktober 2020 

Assalaamualaikum WBT dan Selamat Malam.. buat sahabat2 yg amat mulia disisi Allah SWT.. saya doakan semuanya hidup bahagia ..

Hari ini cuti hujung minggu.. saya bersama rakan2 dan anggota kerja Pejabat Daerah Kota Setar,  nak kata cuti mcm tak cuti.. nak kata kerja dok kayoh basikal pula.. Apa2 pun hari ini cuti hujung minggu.. saya ator 'KAYUHAN PEDULI'.. peduli pada kesusahan orang yg memerlukan.. peduli pada keperluan rakyat, peduli pada kualiti projek2 pembangunan yg dilaksanakan.. Pokoknya kita kena ambil peduli akan apa yg berlaku pada persekitaran  masyarakat kita dan setakat termampu kita bantu apa yg patut .. Nak puaskan hati semua orang tak termampu pula.. 

Aktiviti hari ini.. Berbasikal meletihkan badan tp menyihatkan,  menyampaikan bantuan ihsan kewangan kepada sebahagian ketua keluarga  mangsa ribut pada kejadian bulan April yg lalu, menyampaikan bantuan kerusi roda dan lampin pakai  buang pada orang susah, mendengar dan mengambil peduli masalah penduduk, melawat projek penyelenggaraan jalan kampong yang baru siap dan aktiviti  mengeratkan persahabatan dan semangat kerja berpasukan.... 

TQ pengayuh yg join dgn saya.. 

Abdul Halim Alwi, Kamarulzamal Kasa, Mohd Anaz, Sham FD, Penghulu Mohd Huzaimi Abd Ghani, Penghulu Hafiz, Hasmadi, Mahazer Shafie dll dan Anggota PDTKS yg support logistic thari tadi.. 

Seronok kayuh bersama.. jangan serik bersama saya masok kampong... jalan tidak  berapa sesuai dgn  road bike.. tapi masuk juga ... 

#Rondaan Mukim Gunung dan Padang Hang
#berbasikalnormabaru
#Jarak kayuhan : 40 KM
#KitaJagaKita






















Macam YB pula ... mendengar dan berbincang
berkenaan pembangunan kampong & melayani
aduan-aduan  dan rayuan-rayuan penduduk












Budi di kenang Jua .

Catatan: Mohd Asri Redha Assalaamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Ketemu lagi dalam catatan2 penghujung kerjaya saya sebagai Pegawai Tadbir...