Saturday, 24 October 2020

Kayuhan Peduli 2



Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 24 Oktober 2020 

Assalaamualaikum WBT dan Selamat Malam.. buat sahabat2 yg amat mulia disisi Allah SWT.. saya doakan semuanya hidup bahagia ..

Hari ini cuti hujung minggu.. saya bersama rakan2 dan anggota kerja Pejabat Daerah Kota Setar,  nak kata cuti mcm tak cuti.. nak kata kerja dok kayoh basikal pula.. Apa2 pun hari ini cuti hujung minggu.. saya ator 'KAYUHAN PEDULI'.. peduli pada kesusahan orang yg memerlukan.. peduli pada keperluan rakyat, peduli pada kualiti projek2 pembangunan yg dilaksanakan.. Pokoknya kita kena ambil peduli akan apa yg berlaku pada persekitaran  masyarakat kita dan setakat termampu kita bantu apa yg patut .. Nak puaskan hati semua orang tak termampu pula.. 

Aktiviti hari ini.. Berbasikal meletihkan badan tp menyihatkan,  menyampaikan bantuan ihsan kewangan kepada sebahagian ketua keluarga  mangsa ribut pada kejadian bulan April yg lalu, menyampaikan bantuan kerusi roda dan lampin pakai  buang pada orang susah, mendengar dan mengambil peduli masalah penduduk, melawat projek penyelenggaraan jalan kampong yang baru siap dan aktiviti  mengeratkan persahabatan dan semangat kerja berpasukan.... 

TQ pengayuh yg join dgn saya.. 

Abdul Halim Alwi, Kamarulzamal Kasa, Mohd Anaz, Sham FD, Penghulu Mohd Huzaimi Abd Ghani, Penghulu Hafiz, Hasmadi, Mahazer Shafie dll dan Anggota PDTKS yg support logistic thari tadi.. 

Seronok kayuh bersama.. jangan serik bersama saya masok kampong... jalan tidak  berapa sesuai dgn  road bike.. tapi masuk juga ... 

#Rondaan Mukim Gunung dan Padang Hang
#berbasikalnormabaru
#Jarak kayuhan : 40 KM
#KitaJagaKita






















Macam YB pula ... mendengar dan berbincang
berkenaan pembangunan kampong & melayani
aduan-aduan  dan rayuan-rayuan penduduk












No comments:

Post a Comment

Budi di kenang Jua .

Catatan: Mohd Asri Redha Assalaamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Ketemu lagi dalam catatan2 penghujung kerjaya saya sebagai Pegawai Tadbir...