Saturday, 18 July 2020

Mendepani Isu SalahGuna Dadah

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 08 Julai 2020
Tempat: Kg Tepi Laut, Kuala Kedah


Assalaamualaikum WBT.. dan Selamat Pagi.. Saya doakan semua sahabat2 dan saudara2 ku sihat walafiat dan Rasa Bahagia Selalu..

Mendekati komuniti yg berisiko tinggi kearah penyalahgunaan dadah, substance, pelencongan sosial bukan sesuatu yg mudah.. dan bukan ramai yg suka utk terlibat membantu .. tp inisiatif tetap diambil mengambil tahu hal  kehidupan mereka dan bertanya khabar  dan nasihat menasihati.. Sekurang kurangnya komuniti setempat menyedari dan merasai akan kehadhiran  berterusan badan2 NGO, Jab2 Kerajaan, pemimpin2 komuniti  setempat yang mengambil berat dan orang yang prihatin akan memberi impak positif dan motivasi pada ahli komuniti setempat  kearah yg lebih baik ...

Isu2 dadah, isu2 gejala sosial, isu2 ponteng sekolah, isu2  tokan dadah, isu2 masalah keluarga, mat rempit dan segala macam isu yg negatif perlu ditangani secara bersepadu oleh semua pihak .. Terima kasih pada semua yg terlibat dlm program 'omnipresence' yg diterajui oleh AADK .. Organisasi lain terlibat ialah..

-PDRM
-RELA
-APMM
-JKM
-MBAS
-Majlis Belia Daerah
-Belia 4B
-Skuad AADK
-pegawai-pegawai Pejabat Daerah Kota Setar
-Ketua Pegawai AADK Kota Setar
-Penghulu Mukim Kuala Kedah
-MCPF
-PIBG SMK Seri Pantai.
-dll

Sebagai Pegawai Daerah Kota Setar saya amat menghargai akan usaha murni ini dan tidak ragu2 untuk bersama sama turun ke padang memberi bantuan dan sokongan atas usaha2 murni ini sekadar yg termampu....

Sama2lah kita membantu anak bangsa kita agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan kearah keluarga bahagia..

"Keluarga Bahagia Tanpa Dadah"

Pek bantuan keperluan makanan harian juga disampaikan
kepada beberapa keluarga terpilih semasa ziarah kasih
tersebut sebagai menandakan yang jabatan dan komuniti
mengambil berat akan kebajikan mereka walaupun tidak
semua dapat diberikan.









memberikan kata-kata semangat kepada petugas-petugas  yang
turut serta dalam ziarah kasih ini...

Saya juga menyerahkan pamplet berkenaan penyalahgunaan
dadah kepada anak-anak nelayan , dan menasihatkan mereka
belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah hidup 
keluarga dan menghindari aktiviti-aktiviti yang boleh 
mendekatkan diri kepada penyalahgunaan dadah  terlarang
ini


k

No comments:

Post a Comment

Budi di kenang Jua .

Catatan: Mohd Asri Redha Assalaamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Ketemu lagi dalam catatan2 penghujung kerjaya saya sebagai Pegawai Tadbir...