Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh : 14 Mei 2020
Assalaamualaikum WBT .. dan selamat pagi
Apa khabar semua... saya doakan semua sahabat-sahabat yang membaca catatan saya ini sihat walafiat... tentunya bagi yang biasa mengikuti penulisan saya , masih kenal kan... tulisan cara kampongan sahaja... ayat-ayat tu kadang-kadang berterabur .. Harapan saya ianya boleh difahami ...
Hari ini merupakan hari pertama saya bertugas di Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar dengan menjawat jawatan baharu sebagai Pegawai Daerah Kota Setar. Saya kembali balik tidaklah disambut macam saya melaporkan diri kat LADA.. Malahan penyerahan tugas secara rasmi Pegawai Daerah Kota Setar sebelum ini kepada sayapun tidak diaturkan.. Mai terus buat kerja apa yang rasa nak buat.
Kat LADA semua Ketua Bahagian sambut saya dari jeti feri sampai ke Bangunan LADA. Naik segan pula saya. Begitu tinggi pengharapan dan penghargaan mereka terhadap kedatangan pegawai-pegawai seperti saya datang untuk berkhidmat di LADA.. walaupun orang asing bagi mereka. Ya.. setiap jabatan ada cara tersendiri dalam membudayakan amalan2 baik masing-masing. Nak keluar dari LADA pun macam tu... Saya telah membuat penyerahan secara rasmi kepada pengganti saya dengan harapan tidak ada apa-apa arahan, tindakan saya sebelum ini yang memberi impak negatif kepada LADA.. Biar kita tinggalkan jabatan lama kita dengan bersih dan sempurna, Kelak pengganti tidak ada masalah untuk meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan.
Alhamdulillah saya bersyukur kehadhiran saya di LADA dirasai dan diterima sebahagian besarnya oleh warga LADA.. (boleh baca catatan saya seperti link dibawah: kalau berminat klik sahaja kat situ:-
https://semangatjatilada.blogspot.com/2020/05/selamat-tinggal.html?m=1
Saya kembali balik ke Daerah Kota Setar kerana sebelum ini saya pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah Kota Setar (Pentadbiran dan Pembangunan) dan juga sebagai Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar. Jadi tidak asing sangat pada saya Pejabat Daerah Kota Setar ini berbanding saya pergi ke LADA. Pada waktu itu Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah adalah berasingan.. Kali ini saya kembali balik sebagai Pegawai Daerah Kota Setar dan juga sebagai Pentadbir Tanah Kota Setar kerana pentadbiran tanah telah diletakkan sepenuhnya dibawah tanggungjawab Pegawai Daerah. Jadi agak berat juga tanggungjawab tersebut, namun begitu kawasan tanggungjawab semakin kurang kerana kerajaan telah mengujudkan daerah baru dalam Daerah Kota Setar iaitu Daerah Pokok Sena.
Selalunya bila saya bertukar jabatan maka saya biasanya akan buka satu blog baru untuk memudahkan saya menulis apa-apa sahaja aktiviti saya di Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar ini.. Sebelum inipun saya ada buat blog di Pejabat Tanah Kota Setar seperti link dibawah ini... klik saja kat situ jika berminat melayarinya:
https://semangatjatiptks.blogspot.com/
Blog itu saya buka begitu sahaja.. tidak update dah.. tapi aktiviti2 waktu itu semua saya tulis kat situ.. jadi bila-bila masa, saya dan sesiapa sahaja boleh melayarinya. Itu kebaikannya ada blog ini.. sejarah kita bekerja disesuatu tempat ada juga ceritanya yang kita rekodkan.. catatan aktiviti itu tahun 2012 yang lalu.. 8 tahun yang lalu.. terasa macam baru pula bila baca balik catatan-catatan dalam blog tersebut. Ini yang selalu saya beritahu kepada anak-anak buah supaya menuliskan catatan-catatan aktiviti dalam blog supaya kita boleh imbas kembali kisah suka duka kita bekerja disesuatu tempat.. Kalau tidak kita akan lupa dan tidak ada ingatan lagi pada jabatan-jabatan yang kita pernah bekerja.
Macam saya ni, zaman-zaman awal kerja dulu mana ada internet lagi... komputer pun rasanya tak ada secara meluas lagi.. handphone pun mana ada lagi.. masih pakai telefon yang bila nak 'call' kena pusing nombor lagi.. operator pun pakai sambungan cucuk saja. So nak rekod tu tak ada lah.. gambar pun tak ada.. Kamera kalau adapun pakai filem.. bukan boleh ambil gambar ikut suka sahaja.. tangkap gambar-gambar yang perlu sahaja.. rugi filem kalau silap atau tidak pakai..
Jadi saya buka blog baru yang bernama 'Semangat Jati DO Kota Setar'.. Setakat sekarang ini, tajuk tu la dulu , nanti bila dapat idea tajuk yang menarik saya ubah balik.
Untuk posting pertama ini, sayapun tak tahu nak cerita apa lagi.. Bila datang ke Pejabat Daerah Kota Setar, sekarang ini masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan... Anak-anak buah datang kerja bergiliran.. jadi tidak ramai yang datang.. Orang awampun datang untuk tujuan yang benar-benar perlu sahaja.. Nak datang ke opis ini perlu juga mengikut SOP yang ditetapkan oleh KKM dibawah PKP ini..
Jadi rasa sunyi pula duduk kat opis ni.. Saya biasa sibok segala macam, tapi datang kesini tak kalut sangat.. cuma yang saya kalut, ialah kutipan hasil di Pejabat ini agak kurang memberangsangkan.. Kalau kurang disini, maka akan kuranglah juga hasil pendapatan kerajaan negeri Kedah.. Ini yang merisaukan saya.. Sebagai pegawai kerajaan negeri saya amat risau kerana dalam keadaan sekarang ini, segala kemungkinan boleh berlaku bila kerajaan negeri kekurangan peruntukan.. ia akan memberi kesan kepada perjalanan operasi kerajaan negeri dengan segala macam perbelanjaan yang terpaksa dibuat terutama untuk gaji dan pembangunan...
Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri yang telah melantik saya sebagai sebagai Pegawai Daerah Kota Setar... Sebenarnya dulu saya teringin sangat kalau boleh ditempatkan sebagai Pegawai Daerah Yan.. Daerah kelahiran dan tempat saya membesar.. Seronok juga bila jadi Pegawai Daerah di daerah sendiri... Boleh juga membangunkan daerah sendiri, tapi sampai kesudah hasrat itu tidak kesampaian.. Sekarangpun kalau dihantarkan ke Yan saya sudi, tapi itulah nanti kalau hantar saya ke Daerah Yan orang kata saya jatuh pangkat pula. Sebenarnya semua Pegawai Daerah di Kedah ini grednya sama sahaja.. cuma secara umumnya ada yang membahagikan daerah itu , ada daerah senior dan daerah junior... macam tulah lebih kurang... Apa-apapun saya bersyukur walaupun peluang saya kejawatan lebih tinggi terhenti setakat ini sahaja. Saya perlu menyukai apa yang saya ada. Kalau kita terlalu fokus kepada apa yang kita tiada, tanpa rasa syukur akan apa yang kita ada , itu tandanya kita sudah membenih sifat tamak haloba dalam diri kita. Seharusnya kita bukan melihat apa yang orang lain ada , tetapi merenungkan apa yang orang lain tiada....
Panduan dari Junjungan Nabi Muhammad SAW menjadi pegangan saya setiap masa dan ketika sepertimana Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , " Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu,, kerana dengan demikian itu kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah SWT kepada kamu". Dengan berpegang kepada itu, akan menjadikan kita semakin bersyukur bukannya semakin kufur akan nikmat Allah SWT... Eih.. ini lajak pi ceramah agama pula rasaya..
Kebetulan pula dalam minggu yang sama, pimpinan kerajaan negeri telah bertukar pula dari Kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh YB. Dato Seri Mukhriz Mahathir kepada Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh YAB Tuan Haji Sanusi b. Md Noor .. TAHNIAH kepada YAB Tn. Haji Sanusi b. Mohd Noor.. dalam usia yang rasa masih muda. Dalam sekelip mata telah menjadi YAB Menteri Besar, Itulah politik namanya.. Dalam politik ni segala macam boleh berlaku... sekejap duduk diatas, sekejap duduk dibawah, dan ada ketikanya datang balik duduk diatas .. Walau bagaimanapun sebagai Pegawai Kerajaan , sudah tentu kita perlu akur dengan kerajaan yang sedang memerentah.. Segala dasar-dasar yang direncanakan perlu dilaksanakan sebaik mungkin selagi tidak melanggari perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri Kedah. Inilah cabaran kepada pegawai kerajaan dalam menyesuaikan diri dengan kepimpinan baru kerajaan negeri dan juga norma baru cara bekerja dibawah PKP ini dan kemungkinan norma ini akan berterusana lebih lama lagi.
Ok.. saya rasa nak berhenti dulu catatan saya ini.. Sudah lewat petang rupanya.. Kat luar bilik sudah sunyi benar.. sudah balik semua rupanya.. sayapun tak mau tunggu lama sorang diri kat atas ini.. Masa dulu saya ada dengar cerita bangunan ini mengusik sikit.. tak tau la betul atau tidak... Apa-apapun baik saya belah dulu...Nanti ada berita-berita terbaharu saya akan muncul balik.
Tanggal : 25 Mac 2020
Tempat : Teratak Kasih Alor Setar
Assalaamualaikum WBT.. buat semua. Setelah kesekian lamanya terperap tak bersambung.. hari ini terasa pula nak sambung balik.. Sebenarnya saya nak bersembang panjang dalam catatan mula blog ini.. Tapi maklumlah dalam bulan Ramadhan pula saya mula 'start' maka saya terpaksa berkongsi masa yang untuk kerja-kerja ibadat.. Maklumlah bila lagi kita nak pulun buat ibadat wajib dan sunat dalam bulan puasa ni.. Pahalanya berganda-ganda. Waktu sambung menulis ini sudah masuk hari raya ke 2. Hari Raya tahun ini memang luarbiasa, kerana tidak ada lagi kunjung mengunjung kerumah sanak saudara dan sahabat-sahabat.. Malahan sembahyang raya pun tidak dibenarkan lagi, terpaksalah sembahyang kat rumah saja... tidak pernah terjadi dalam sejarah sepanjang hidup saya tapi kali ini terjadi gara-gara penularan Covid - 19 yang menyebabkan kerajaan telah mengeluaran arahan Perintah Kawalan Pergerakan..
So hari raya ke 2 ini masih lagi duduk kat rumah... orang pun tidak datang mengunjung.. dan saya rasa semua orang kalau boleh tak mahu dikunjungi buat masa ini, bagi memastikan rangkaian wabak virus pandemik Covid - 19 diputuskan.. Semua orang kena bekerjasama untuk menjayakan usaha-usaha tersebut.. Kalau tidak ia akan menjadi sia-sia dan kerajaan terpaksa melanjutkan lagi PKP ini..
Amat perit sekali kalau PKP ini dilanjutkan lagi kerana ia memberi kesan kepada aktiviti ekonomi negara yang seterusnya memberi kesan kepada rakyat jelata... Marilah kita berdoa agar virus Covid-19 ini dapat diputuskan rantaiannya..
Setakat waktu saya menulis catatan ini, saya belum lagi mendapat apa-apa arahan terkini dari WDA terutamanya perjumpaan dengan kepimpinan kerajaan baharu ini.. Selalunya bila ada perubahan kerajaan ini, YAB Menteri Besar akan menjemput semua pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri untuk diberi taklimat berhubung dengan dasar-dasar baharu kerajaan negeri . Ini penting kapada jabatan-jabatan kerajaan , kerana apabila telah jelas akan dasar-dasar kerajaan yang baharu memerentah, akan memudahkan jabatan-jabatan kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya supaya selari dengan kepimpinan tertinggi kerajaan.
Saya telah melalui pengalaman beberapa kali perubahan kerajaan negeri sebelum ini, dan selalunya begitulah.. setiap kali berlaku perubahan kerajaan maka akan berlakulah pelbagai perubahan dari segi dasar, kepimpinan, logo, misi dan visi dan segala macam perkara-perkara baru yang hendak diperkenalkan.. Perubahan-perubahan yang berlaku ini juga bukan percuma, banyak belanja juga untuk membuat perubahan-perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri.. Kalau pemerentahan kerajaan baru bertahan lama ok juga.. ini kadang-kadang tidak sampai satu penggal , dah berlaku pertukaran kerajaan atau kadang-kadang pertukaran Menteri Besar.. Ini akan merugikan masa, tenaga dan wang ringgit yang terpaksa dibelanjakan untuk melakukan pelbagai perubahan tersebut... Kadang-kadang terasa membazir untuk menyediakan semua itu, sedangkan bila berlaku perubahan kerajaan , kerajaan baharu sudah tidak mengguna pakai apa yang telah digubal oleh kerajaan terdahulu.
Perkara yang sama juga berlaku kepada Badan Berkanun Kerajaan saperti di LADA dimana saya pernah bertugas sebelum ini.. Apabila LADA menyediakan Blueprint Pembangunan Langkawi ke 2 tapi pada akhirnya tidak digunapakai oleh Kerajaan terbaharu yang memerentah, sedangkan kos menyediakan Blueprint tersebut menelan belanja jutaan RM juga.
Sebagai pegawai kerajaan negeri yang telah melalui pengalaman-pengalaman saperti ini saya berharap kerajaan baru yang mengambil alih dari kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini agar meneliti secara mendalam perkara ini dan menilai secara wajar dan positif tentang perancangan yang akan dilaksanakan nanti.. Saya faham sangat yang bila baru mengambil alih tampok pemerentahan negeri, sudah tentu macam-macam yang hendak dibuat .. teliti dan timbang tiliklah dahulu dengan mengambil kira kewangan dan logistik yang ada, kerana semua itu melibatkan kewangan yang banyak, apatah lagi dalam keadaan sekarang aktiviti ekonomi dan perniagaan amat malap sekali dan kantong kerajaan negeri saya rasa amat kekurangan pada ketika ini. Tidak semua yang dirancang laksana oleh kerajaan terdahulu tidak baik, dan ada juga yang saya rasa perkara-perkara yang tidak perlu lagi dilaksanakan pada waktu ini yang perlu diteliti balik oleh kerajaan negeri terkini.
Walau bagaimanapun satu perkara yang saya bersyukur sangat ialah sekarang ini Kerajaan Negeri Kedah adalah dibawah kepimpinan Perikatan Nasional yang sama dengan diperingkat pusat.. Ini tentunya akan memudahkan kerajaan negeri berurusan dengan kerajaan persekutuan dalam segala hal, terutama yang berkaitan pembangunan negeri Kedah dan juga kewangan negeri. Pengalaman sebelum ini saya rasa agak susah juga, dimana negeri-negeri yang dianggap pembangkaang diperingkat pusat selalunya pertimbangan projek pembangunan dan pertimbangan huluran bantuan kewangan agak kurang diberi perhatian.. semuanya hanya mengikut perlembagaan sahaja.. Lebih-lebih sikit kurang diberi layanan seewajarnya.... Jadi saya berharap dengan adanya hubungan yang baik dan dalam satu perikatan parti yang sealiran antara Kerajaan Negeri Kedah dan Persekutuan akan membawa limpahan manafaat kepada negeri Kedah ini.
Hari ini saya bertugas sebagai Pegawai Daerah Kota Setar.. Saya rasa tentunya hubungan saya dengan kepimpinan kerajaan akan lebih kerap dan rapat. Sebab institusi Pegawai Daerah amat penting dalam pembangunan negeri... Pegawai Daerah adalah orang rapat dengan rakyat diperingkat akar umbi.. Sebab itu wakil-wakil rakyat perlu saling bekerjasama dengan Pegawai dalam membangunkan dan menyelesaikan sesuatu masalah dalam komuniti sesuatu kawasan.Sehubungan itu saya tidak adalah masalah untuk melaksanakan apa-apa yang perlu dalam membantu membangunkan negeri Kedah yang tercinta ini. Sudah 35 tahun saya berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kedah.. dan segala macam rupa telah temui dalam melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang pegawai kerajaan negeri Kedah.
Sebagaimana saya sebut sebelum ini apa fahaman parti yang dianuti bukan satu masalah kepada saya kerana sebagai pegawai kerajaan kena akur dengan sistem pemerentahan yang diamalkan oleh kerajaan sekarang ini. Dengan kekuatan anggota seramai 77 orang di Pejabat Daerah dan 71 di Pejabat Tanah, In Sya Allah.. segala kerjasama akan diberikan dan segala halangan dan masalah akan cuba diatasi dengan sebaiknya .
Apa yang agak kurang di Pejabat Daerah ini, ia tidak diberi peruntukan khusus sepertimana Ahli-Ahli Yang Berhormat perolehi. Kalau ada peruntukan khusus disediakan kepada pegawai Daerah rasanya akan lebih memantapkan lagi usaha-usaha Pegawai Daerah untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat jelata.
Itu sajalah catatan awal saya dalam blog ini.. tak mau panjang-panjang lagi dah.. Jam menunjukkan tepat 6.00 petang.. Hari ini hari Khamis pula.. dah terlajak 2 jam setengah kat bilik yang selesa ini .... Nanti ada masa terluang saya akan sambung lagi, dengan catatan lain pula..
TQ
Asri Redha.