Catatan.. mohd asri redha
Petang tadi bersama komuniti JPKK Mk Telok Kechai/Telok Chengai dan Masjid Al Huda Telok Kechai.. dengan aktiviti ziarah prihatin insan2 yg kurang berkemampuan dan memerlukan, tazkirah agama , penyerahan bakul makanan pada asnaf, berbuka puasa bersama komuniti dan sembahyang maghrib berjemaah.. Syukur dengan nikmat ygdiberikan Allah SWT ..
Saya juga mengambil kesempatan dlm majlis ringkas ini mengingatkan ahli komuniti supaya mematuhi sepenohnya SOP Pencegahan COVID-19 , pentingnya pendaftaran suntikan vaksin dan tanggongjawab ahli komuniti menjaga kesejahteraan ahli yg kurang bernasib baik...
Kekerapan menziarahi insan2 yg kurang bernasib baik menimbulkan keinsafan yang amat mendalam pada diri ini bila melihat pelbagai masalah dan kesusahan yg dihadapi oleh mereka... Saya merayu agar mereka yg berkemampuan tampil untuk membantu insan2 yg kurang bernasib baik ispt ini.. Ramai lagi dibawah sana yg amat berharap bantuan kita.. Apatah lagi dalam bulan Ramadhan AlMubarak ini...amat sesuai sekali untuk membuat apa2 sumbangan prihatin.. pahala berganda-ganda...
Jgn lupa bersedeqah mulai hari ini setiap hari... Malam lailatulqadar dah nak masuk ni..
Sekian saja celoteh saya kali ini..
#RezekiDikongsiBersama
#marisuntikvaksin
#kitajagakita
#lailatulqadar