Saturday, 18 July 2020

Mendepani Isu SalahGuna Dadah

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 08 Julai 2020
Tempat: Kg Tepi Laut, Kuala Kedah


Assalaamualaikum WBT.. dan Selamat Pagi.. Saya doakan semua sahabat2 dan saudara2 ku sihat walafiat dan Rasa Bahagia Selalu..

Mendekati komuniti yg berisiko tinggi kearah penyalahgunaan dadah, substance, pelencongan sosial bukan sesuatu yg mudah.. dan bukan ramai yg suka utk terlibat membantu .. tp inisiatif tetap diambil mengambil tahu hal  kehidupan mereka dan bertanya khabar  dan nasihat menasihati.. Sekurang kurangnya komuniti setempat menyedari dan merasai akan kehadhiran  berterusan badan2 NGO, Jab2 Kerajaan, pemimpin2 komuniti  setempat yang mengambil berat dan orang yang prihatin akan memberi impak positif dan motivasi pada ahli komuniti setempat  kearah yg lebih baik ...

Isu2 dadah, isu2 gejala sosial, isu2 ponteng sekolah, isu2  tokan dadah, isu2 masalah keluarga, mat rempit dan segala macam isu yg negatif perlu ditangani secara bersepadu oleh semua pihak .. Terima kasih pada semua yg terlibat dlm program 'omnipresence' yg diterajui oleh AADK .. Organisasi lain terlibat ialah..

-PDRM
-RELA
-APMM
-JKM
-MBAS
-Majlis Belia Daerah
-Belia 4B
-Skuad AADK
-pegawai-pegawai Pejabat Daerah Kota Setar
-Ketua Pegawai AADK Kota Setar
-Penghulu Mukim Kuala Kedah
-MCPF
-PIBG SMK Seri Pantai.
-dll

Sebagai Pegawai Daerah Kota Setar saya amat menghargai akan usaha murni ini dan tidak ragu2 untuk bersama sama turun ke padang memberi bantuan dan sokongan atas usaha2 murni ini sekadar yg termampu....

Sama2lah kita membantu anak bangsa kita agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan kearah keluarga bahagia..

"Keluarga Bahagia Tanpa Dadah"

Pek bantuan keperluan makanan harian juga disampaikan
kepada beberapa keluarga terpilih semasa ziarah kasih
tersebut sebagai menandakan yang jabatan dan komuniti
mengambil berat akan kebajikan mereka walaupun tidak
semua dapat diberikan.









memberikan kata-kata semangat kepada petugas-petugas  yang
turut serta dalam ziarah kasih ini...

Saya juga menyerahkan pamplet berkenaan penyalahgunaan
dadah kepada anak-anak nelayan , dan menasihatkan mereka
belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah hidup 
keluarga dan menghindari aktiviti-aktiviti yang boleh 
mendekatkan diri kepada penyalahgunaan dadah  terlarang
ini


k

KIDA

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 18. Julai 2020
Nikmatnya hidup di Malaysia.. Kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan..
Hari ini dan besok diadakan penyerahan kad KIDA kepada ibu2 yg layak.. di daerah Kota Setar.. Daerah Kota Setar peserta terpilih berjumlah 786 orang.. Fasa pertama 375 orang manakala fasa ke 2 berjumlah 411 orang.. disampaikan hari ini dan besok.. Para peserta diberikan kad KIDA dimana mereka boleh membeli 15 barangan keperluan asas harian di pasaraya atau kedai2 yg ditetapkan.. nilainya RM250 setiap bulan selama 6 bulan . Disamping itu mereka blh mendapat rawatan perubatan tanpa diklinik swasta yg ditetapkan bernilai RM250 utk tempoh 6 bulan... sekurang2nya bantuan ini dapat mengurangkan kos hidup mereka.. dalam tempoh PKPP ini..

Peserta KIDA dipilih dalam data e-Kasih (iaitu Miskin dan Miskin Tegar) dimana syaratnya ialah Ibu yang mempunyai tanggungan atau wanita 18 tahun keatas yang menanggung keluarga.
#KasihIbuDarulAman#












Banci Untuk Pembangunan



Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 23 Oktober 2020


Assalaam.. Selamat Sejahtera .. Saya berdoa semoga kita semua didalam perlindongan Allah SWT.. Pandemik Virus Corona ini wajib kita putuskan rangkaiannya.. Jangan bergumbira sangat dengan kelonggaran yg diberikan kerajaan..ambil serious setiap SOP yg ditetapkan..


Hari ini aktiviti saya masih sibok.. atau sengaja menyibokkan diri.. tak apalah asalkan tak kacau orang .. yg penting kita tolong orang .. kita mudahkan kerja orang.. 

Pagi2 terpa pi Dewan KDN di Anak Bukit.. Memberi sedikit motivasi pada Penyelia Banci Penduduk & Perumahan 2020... Sebagai DO saya juga dilantik sbg Pen Pesuruh Jaya Banci bagi Daerah K/Setar bersama Pegawai Perangkawan DOSM.. nak kena selaraskan kerja2 banci seluruh daerah Kota Setar.. Banyak kerja juga tu.. 

Habis bersyarah kat depa lari balik ke opis... YAB MB mai opis utk dptkan laporan kerja2 bantuan yg diuruskan oleh PKOB dan juga bagi duit tunai utk dibedak pd Ketua Isi Rumah kat Flat Seberang Perak yg kena TEMCO.. selama 2 minggu.

Petang pula ator bedak duit tu pada mereka kat Flat tu... harap2 depa taklah tension sangat bila dpt duit tu.. 

Sempat pula ke MBAS selesaikan beberapa urusan rasmi disitu..

Itulah sbhgian rutin  kerja sbg pegawai kerajaan seblm bersara.. Yang penting,  sibok lagu mana pun .. terok lagu manapun kerja kena seronok dan kerja bagi orang seronok... boleh lagu tu.... sekian shj cerita2 saya hari ini.. x ada yg menarik sekadar rekod diri.. 😊















Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 15 Julai 2020

Saya sudah selesai menjawab soalan2 Banci Dan Perumahan Malaysia 2020 melalui secara online MyCensus 2020 ... Anda bila lagi.. sila log in to 'e-CENSUS'..  Bancian secara online ini bermula dai 07 Oktober 2020 hingga 30 Sept 2020.. Sebagai Pegawai Daerah saya juga terlibat secara langsung dlm program Banci Penduduk Dan Perumahan 2020.. dan dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Banci bagi daerah Kota Setar....

Bagi Ketua Isi Rumah yang tidak buat banci secara online tersebut , pembanci yang dilantik akan pergi kerumah terlibat bermula 7 Oktober hingga 24 Oktober 2021. So kalau nak mudah, elok buat secara online sahaja... tak payah orang banci mai kerumah.. tuan rumah pun senang, jabatan  pun senang...

Tolong ya semua.. kita sama2 jayakan urusan banci ini yang amat penting untuk perancangan pembangunan negara kita... TQ👍

nota fakta:
Penolong Pesuruhjaya Banci Daerah Kota Setar :1. Dato' Hj Mohd Asri Redha , 2. Tn Hj Shahbani b Ibrahim

Penguasa Banci : Nadiah bt Abdul Rashid@Khalid, Muhammad Izzaham b. Noor Azman, Suriyawati bt Abdul Hamid, Qairul Hilmi b Ibrahim, Mohd Amran b Hanafiah,  Mohd Nurhaffiz b Harun dan Mohd Syazwan b Abu Bakar.

Banci kali ke 6 , sejak merdeka
Bilangan Pembanci Daerah Kota Setar (  01 - 24 Okt 2020 :RM54/hari) : 1153 orang
Bilangan Penyelia Banci Daerah (21 Sept - 31 Okt 2020 : RM72.00 /hari) :      orang












Sunday, 5 July 2020

Lawatan Kerja : DO Turun Padang

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 24 Jun 2020
Tempat: Mukim Kubang Rotan dan Mk Anak Bukit..




Di Pejabat Penghulu Mk Kubang Rotan.. Menyampaikan 
sumbangan bantuan membaiki rumah akibat ribut .. 
Turut sama Penghulu Mohd Nurhafiz Harun

Meninjau Pejabat Penghulu Mukim Titi Gajah ,Mohd Ridzuan
b. Abdul Razak . PT Rozita Ramli

Saya menyampaikan sumbangan pada mangsa ribut di
Mukim Kubang Rotan




Pejabat Penghulu Mukim Hutan Kampong yang baru siap sahaja 
pembinaannya untuk keselesaan penghulu bertugas dan untuk 
kemudahan orang-orang mukim berurusan.

Lawatan Kerja Berkualiti

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh : 01 Julai 2020
Tempat : Mukim Tajar dan Mukim Titi Gajah...

Lawatan-lawatan seperti ini akan memberikan keinsafan yang benar-benar dijiwai, melihat akan penderitaan mereka... Macam-macam masalah, tapi mereka masih lagi dapat menerima hakikat dan tidak tenggelam punca tidak tentu hala...




Mangsa seorang dari kaum siam 

Melawat sebuah surau di Mukim Tajar yg dibina hasil  
sumbangan ramai.. belum siap lagi dan masih lagi mencari
sumbangan . 



Lawatan ke Pejabat Penghulu Mukim Tajar : Penghulu Mohd
Amran Hanafiah.. PT Rohayu Yusof

Menziarahi mangsa ribut , yang mana suaminya baru kena
minor stroke dan isterinya pula lumpuh pinggang hingga
kekaki.. Berat sungguh penderitaan yang mereka dihadapi.
Sumbangan diberikan oleh Kerajaan Negeri Kedah juga 
kit bantuan oleh Jabatan Zakat. Pihak JKM juga memberikan
bantuan kepada mangsa ini.


En Harun Nayan.. mangsa ribut yang juga
mengalami minor stroke baru-baru ini


Mangsa ribut ini , en Kamal, juga menghadapi masalah 
jantong dan darah tinggi. Anak2 juga ada masalah
sakit jantong, sawan... Duduk dirumah yang dibuat 
pinjaman bank.sudah beberapa bulan tidak dibayar 
ansurannya




Budi di kenang Jua .

Catatan: Mohd Asri Redha Assalaamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Ketemu lagi dalam catatan2 penghujung kerjaya saya sebagai Pegawai Tadbir...