Catatan.. Mohd Asri Redha
Assalaamualaikum WBT.. dan Selamat Malam..
Add caption |
Bertuahnya rakyat Malaysia.. bila ada sesiapa mendapat musibah.. ada2 saja yg datang membantu.. tak kira lah sikit atau banyak.. yg pasti ada saja yg datang membantu apa yg patut.. kalau nak banding dgn negara luar.. bila ditimpa bencana atau mala petaka, sendiri2 la selesaikan.. kalu ada yg membantupun tidak menyeluruh dan sikit sangat.
Hari ini saya menjadi saksi penyerahan bantuan bayaran bil elektrik oleh TNB kepada penghuni Flat Seberang Perak, Alor Setar. Semua penghuni disitu terkesan semasa TEMCO tempoh hari bila ramai yg didapati positif Covid-19.. Sebenarnya penghuni flat ini bukan terima bantuan ini sahaja tapi mcm2 bantuan tlh. dihulurkan oleh pelbagai agensi kerajaan, bdn2 kebajikan, NGO dan orang persendirian.. Begitulah tingginya keprihatinan rakyat Malaysia terhadap insan2 yg memerlukan tanpa mengira kaum dan agama.. Nikmatnya hidup di Malaysia yg Aman Makmur ini..
Banyak juga nilai bantuan yg diberikan oleh TNB.. Lbh RM11,700 disumbangkan oleh TNB ini dibawah program CSR mereka.. Ramai yg tidak perasan yg sepanjang tempoh PKPP ini blh kata semua rakyat mendapat bantuan TNB melalui diskaun khas diberikan kepada pengguna elektriknya bg mengurangkan beban rakyat.. Sebab itu dalam ucapan saya .. saya tekankan supaya kena sentiasa mewar warkan bantuan CSR yg dilaksanakan oleh agensi/NGO/org perseorangan kerana kdg2 ada rakyat yg tidak menghargai sumbangan2 yg diberikan.. apatah lagi sumbangan2 dlm bentok diskaun yang tidak nampak depan mata & bantuan yg diberi disebalik tabir.. bukan nak menunjuk-nunjuk tp. perlu ditunjukkan supaya tidak timbul tohmahan yg tidak betul dan fitnah.. sekurang-kurangnya apa yang ditunjukkan itu boleh menjadi contoh teladan kepada orang lain untuk sama2 menyumbang krpada insan yang memerlukan..
CSR Covid-19 Wakalah Zakat dan CSR TNB Kedah
Turut hadir YBhg. Tuan Wan Ishak bin Soed, Ketua (Perkhidmatan Pengguna) merangkap Pengurus Besar TNB Negeri Kedah, YBhg. Tuan Rohai Zahar bi Nedi Pengarah JPNIN Kedah dan YBrs En. Mohamed Zaizulman bin Zainal Abidin, Pegawai Daerah Kota Setar/Padang Terap/Pokok Sena.
28 Oktober 2020(Rabu) jam 12.00 tgh harig
No comments:
Post a Comment