Monday, 26 October 2020

'Banci Untuk Pembangunan Negara'

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 01.Okt 2020

Assalaamualaikum WBT .. Selamat Sejahtera .. Saya berdoa semoga kita semua didalam perlindongan Allah SWT.. Pandemik Virus Corona ini wajib kita putuskan rangkaiannya.. Jangan bergumbira sangat dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan..ambil serious setiap SOP yg ditetapkan.. 

Hari ini aktiviti saya masih sibok.. atau sengaja menyibokkan diri.. tak apalah asalkan tak kacau orang .. yang penting kita tolong orang .. kita mudahkan kerja orang.. 

Pagi2 terpa pergi Dewan KDN di Anak Bukit.. Memberi sedikit motivasi pada Penyelia Banci Penduduk & Perumahan 2020... Sebagai DO saya juga dilantik sbg Penolong Pesuruhjaya Banci bagi Daerah K/Setar bersama Pegawai Perangkawan DOSM.. nak kena selaraskan kerja2 banci seluruh daerah Kota Setar.. Banyak kerja juga tu.. 

Habis bersyarah kat depa lari balik ke opis... YAB MB Kedah  mai opis untuk dapatkan laporan kerja2 bantuan yang diuruskan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Kota Setar dan juga bagi duit tunai utk dibedak pada Ketua Isi Rumah kat Flat Seberang Perak yang kena TEMCO.. selama 2 minggu.

Petang pula ator 'bedak' duit tu pada mereka kat Flat tu... harap2 mereka  taklah tension sangat bila dpt duit tu.. 

Sempat pula ke MBAS selesaikan beberapa urusan rasmi disitu..

Itulah sebahagian rutin  kerja sebagai pegawai kerajaan sebelum bersara.. Yang penting,  sibok lagu mana pun .. terok lagu manapun kerja kena seronok dan kerja bagi orang seronok... boleh lagu tu.... sekian sahaja  cerita2 saya hari ini.. tak ada yang menarik sekadar rekod diri.. 😊

Terima kasih kerana habiskan masa baca catatan saya ini.


bedak = agih












BBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBB


Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 15 Julai 2020


Saya sudah selesai menjawab soalan2 Banci Dan Perumahan Malaysia 2020 melalui secara online MyCensus 2020 ... Anda bila lagi.. sila log in to 'e-CENSUS'..  Bancian secara online ini bermula dai 07 Oktober 2020 hingga 30 Sept 2020.. Sebagai Pegawai Daerah saya juga terlibat secara langsung dlm program Banci Penduduk Dan Perumahan 2020.. dan dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Banci bagi daerah Kota Setar....

Bagi Ketua Isi Rumah yang tidak buat banci secara online tersebut , pembanci yang dilantik akan pergi kerumah terlibat bermula 7 Oktober hingga 24 Oktober 2021. So kalau nak mudah, elok buat secara online sahaja... tak payah orang banci mai kerumah.. tuan rumah pun senang, jabatan  pun senang...

Tolong ya semua.. kita sama2 jayakan urusan banci ini yang amat penting untuk perancangan pembangunan negara kita... TQ👍

nota fakta:
Penolong Pesuruhjaya Banci Daerah Kota Setar :1. Dato' Hj Mohd Asri Redha , 2. Tn Hj Shahbani b Ibrahim

Penguasa Banci : Nadiah bt Abdul Rashid@Khalid, Muhammad Izzaham b. Noor Azman, Suriyawati bt Abdul Hamid, Qairul Hilmi b Ibrahim, Mohd Amran b Hanafiah,  Mohd Nurhaffiz b Harun dan Mohd Syazwan b Abu Bakar.

Banci kali ke 6 , sejak merdeka
Bilangan Pembanci Daerah Kota Setar (  01 - 24 Okt 2020 :RM54/hari) : 1153 orang
Bilangan Penyelia Banci Daerah (21 Sept - 31 Okt 2020 : RM72.00 /hari) :      orang









No comments:

Post a Comment

Budi di kenang Jua .

Catatan: Mohd Asri Redha Assalaamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Ketemu lagi dalam catatan2 penghujung kerjaya saya sebagai Pegawai Tadbir...