Blog ini sekadar catatan aktiviti saya sahaja di Pejabat Daerah Kota Setar yang tidak melibatkan apa-apa rahsia kerajaan.. Apa-apa maklumat dan pandangan yang diberi ini tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti dalam mana-mana prosiding mahkamah dan tuntutan. Penulis tidak bertanggungjawab jika berlaku kerugian wang ringgit, kemusnahan harta benda dan diri, tuntutan kerugian dan sebagainya disebabkan menggunakan maklumat dalam blog ini....
Thursday, 29 October 2020
MENCERAHKAN KEHIDUPAN
Catatan.. Mohd Asri Redha
Assalaamualaikum WBT.. dan Selamat Malam..
Add caption |
Bertuahnya rakyat Malaysia.. bila ada sesiapa mendapat musibah.. ada2 saja yg datang membantu.. tak kira lah sikit atau banyak.. yg pasti ada saja yg datang membantu apa yg patut.. kalau nak banding dgn negara luar.. bila ditimpa bencana atau mala petaka, sendiri2 la selesaikan.. kalu ada yg membantupun tidak menyeluruh dan sikit sangat.
Hari ini saya menjadi saksi penyerahan bantuan bayaran bil elektrik oleh TNB kepada penghuni Flat Seberang Perak, Alor Setar. Semua penghuni disitu terkesan semasa TEMCO tempoh hari bila ramai yg didapati positif Covid-19.. Sebenarnya penghuni flat ini bukan terima bantuan ini sahaja tapi mcm2 bantuan tlh. dihulurkan oleh pelbagai agensi kerajaan, bdn2 kebajikan, NGO dan orang persendirian.. Begitulah tingginya keprihatinan rakyat Malaysia terhadap insan2 yg memerlukan tanpa mengira kaum dan agama.. Nikmatnya hidup di Malaysia yg Aman Makmur ini..
Banyak juga nilai bantuan yg diberikan oleh TNB.. Lbh RM11,700 disumbangkan oleh TNB ini dibawah program CSR mereka.. Ramai yg tidak perasan yg sepanjang tempoh PKPP ini blh kata semua rakyat mendapat bantuan TNB melalui diskaun khas diberikan kepada pengguna elektriknya bg mengurangkan beban rakyat.. Sebab itu dalam ucapan saya .. saya tekankan supaya kena sentiasa mewar warkan bantuan CSR yg dilaksanakan oleh agensi/NGO/org perseorangan kerana kdg2 ada rakyat yg tidak menghargai sumbangan2 yg diberikan.. apatah lagi sumbangan2 dlm bentok diskaun yang tidak nampak depan mata & bantuan yg diberi disebalik tabir.. bukan nak menunjuk-nunjuk tp. perlu ditunjukkan supaya tidak timbul tohmahan yg tidak betul dan fitnah.. sekurang-kurangnya apa yang ditunjukkan itu boleh menjadi contoh teladan kepada orang lain untuk sama2 menyumbang krpada insan yang memerlukan..
CSR Covid-19 Wakalah Zakat dan CSR TNB Kedah
Turut hadir YBhg. Tuan Wan Ishak bin Soed, Ketua (Perkhidmatan Pengguna) merangkap Pengurus Besar TNB Negeri Kedah, YBhg. Tuan Rohai Zahar bi Nedi Pengarah JPNIN Kedah dan YBrs En. Mohamed Zaizulman bin Zainal Abidin, Pegawai Daerah Kota Setar/Padang Terap/Pokok Sena.
28 Oktober 2020(Rabu) jam 12.00 tgh harig
Monday, 26 October 2020
'Banci Untuk Pembangunan Negara'
Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 01.Okt 2020
Hari ini aktiviti saya masih sibok.. atau sengaja menyibokkan diri.. tak apalah asalkan tak kacau orang .. yang penting kita tolong orang .. kita mudahkan kerja orang..
Pagi2 terpa pergi Dewan KDN di Anak Bukit.. Memberi sedikit motivasi pada Penyelia Banci Penduduk & Perumahan 2020... Sebagai DO saya juga dilantik sbg Penolong Pesuruhjaya Banci bagi Daerah K/Setar bersama Pegawai Perangkawan DOSM.. nak kena selaraskan kerja2 banci seluruh daerah Kota Setar.. Banyak kerja juga tu..
Habis bersyarah kat depa lari balik ke opis... YAB MB Kedah mai opis untuk dapatkan laporan kerja2 bantuan yang diuruskan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Kota Setar dan juga bagi duit tunai utk dibedak pada Ketua Isi Rumah kat Flat Seberang Perak yang kena TEMCO.. selama 2 minggu.
Petang pula ator 'bedak' duit tu pada mereka kat Flat tu... harap2 mereka taklah tension sangat bila dpt duit tu..
Sempat pula ke MBAS selesaikan beberapa urusan rasmi disitu..
Itulah sebahagian rutin kerja sebagai pegawai kerajaan sebelum bersara.. Yang penting, sibok lagu mana pun .. terok lagu manapun kerja kena seronok dan kerja bagi orang seronok... boleh lagu tu.... sekian sahaja cerita2 saya hari ini.. tak ada yang menarik sekadar rekod diri.. 😊
Terima kasih kerana habiskan masa baca catatan saya ini.
bedak = agih
Tarikh.. 15 Julai 2020
Saya sudah selesai menjawab soalan2 Banci Dan Perumahan Malaysia 2020 melalui secara online MyCensus 2020 ... Anda bila lagi.. sila log in to 'e-CENSUS'.. Bancian secara online ini bermula dai 07 Oktober 2020 hingga 30 Sept 2020.. Sebagai Pegawai Daerah saya juga terlibat secara langsung dlm program Banci Penduduk Dan Perumahan 2020.. dan dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Banci bagi daerah Kota Setar....
Bagi Ketua Isi Rumah yang tidak buat banci secara online tersebut , pembanci yang dilantik akan pergi kerumah terlibat bermula 7 Oktober hingga 24 Oktober 2021. So kalau nak mudah, elok buat secara online sahaja... tak payah orang banci mai kerumah.. tuan rumah pun senang, jabatan pun senang...
Tolong ya semua.. kita sama2 jayakan urusan banci ini yang amat penting untuk perancangan pembangunan negara kita... TQ👍
nota fakta:
Penolong Pesuruhjaya Banci Daerah Kota Setar :1. Dato' Hj Mohd Asri Redha , 2. Tn Hj Shahbani b Ibrahim
Penguasa Banci : Nadiah bt Abdul Rashid@Khalid, Muhammad Izzaham b. Noor Azman, Suriyawati bt Abdul Hamid, Qairul Hilmi b Ibrahim, Mohd Amran b Hanafiah, Mohd Nurhaffiz b Harun dan Mohd Syazwan b Abu Bakar.
Banci kali ke 6 , sejak merdeka
Bilangan Pembanci Daerah Kota Setar ( 01 - 24 Okt 2020 :RM54/hari) : 1153 orang
Bilangan Penyelia Banci Daerah (21 Sept - 31 Okt 2020 : RM72.00 /hari) : orang
PERPADUAN ITU INDAH DAN BAHAGIA
Nikmat Sebuah Negara Merdeka
Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 21 Oktober
Hari ini saya menerima peruntukan Bantuan Wang Ihsan Untuk Daerah Kota Setar bagi tujuan membantu mangsa-mangsa ribut yang berlaku pada Bulan April yang lalu.. Waktu itu berlaku ribut yang agak besar dan kuat dan bukan sahaja di Daerah Kota Setar sahaja yang terkena bala ini, tapi boleh dikatakan seluruh Negeri Kedah ini telah terkesan dengan bencana ribut ini...
Semakan yang dibuat melalui inisiatif Penghulu telah mengenalpasti lebih kurang 243 buah rumah telah terjejas dengan kerosakan sana sini rumah mereka. Ada yang kurang terok dan tidak kurang juga yang amat terok pun ada.. Rumah yang kurang terok kerosakannya berjumlah 136 buah diberi bantuan RM200 setiap pemilik rumah manakala yang rosak terok berjumlah 107 buah diberi bantuan RM500 setiap pemilik rumah.
Pihak NADMA telah memperakui akan permohonan yang dibuat melalui Pejabat Daerah Kota Setar untuk bantuan membantu mangsa-mangsa ribut ini.
Hari ini Angkatan Pertahanan Awam yang diketuai oleh Tuan Zain mewakili NADMA telah menyampaikan peruntukan wang tunai tersebut berjumlah RM80,7000.00 kepada Penghulu-Penghulu Mukim yang terlibat , untuk mereka menyampaikannya kepada mangsa-mangsa ribut yang telah dikenalpasti itu .
Semoga dengan bantuan yang diberikan ini akan dapat meredakan kehangatan kemarahan penduduk akibat masalah yang mereka hadapi, lebih-lebih berlaku diwaktu-waktu PKPP ini yang juga menimbulkan banyak masalah kepada rakyat untuk mencari pendapatan menyara hidup mereka./.
Terima Kasih .. akan keamanan yang kita kecapi di Negara Malaysia ini.. membolehkan kita melaksanakan banyak kerja-kerja kebajikan untuk rakyat...
Gambar-gambar dibawah ini adalah sebahagian dari aktitivi penyerahan bantuan tersebut kepada sebahagian penerima-penerima bantuan tersebut yang melibatkan 17 Mukim dalam Daerah Kota Setar. Bantuan disampaikan oleh saya sendiri dan juga Penghulu-Penghulu Mukim.
Budi di kenang Jua .
Catatan: Mohd Asri Redha Assalaamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Ketemu lagi dalam catatan2 penghujung kerjaya saya sebagai Pegawai Tadbir...
-
Catatan.. Mohd Asri Redha Tarikh.. 13 August 2020 Bilangan projek.. 00 Jumlah peruntukan.. RM C atatan .. Mohd Asri Redha Tarikh.. 09.06.2...
-
Catatan... Mohd Asri Redha Tarikh.. 02 Julai 2020 Pejabat Daerah Kota Setar meraikan pertukaran beberapa pegawai yang bertukar dari Pej...